Jari-jariku sakit semua kerna bekerja sehari-hari..tiba-tiba teringat lagu Saloma plak bila tengok patient yang sorang ni..
Badan nya yang dah kurus kering menampakkan tulang,dengan jari jemari yang semuanya herot ke sebelah jari kelingking(ulnar deviation),jari kakinya overriding sesama sendiri serta dalam kesakitan duduk bertahan sementara diatas kerusi roda..Adoii!Sakittttt…
rharthritis

Rupanya dah hampir setahun dia hanya mampu terbaring ditempat tidur .muscle di pahanya dan betisnya dah kecut camna nak berdiri camni.Tidak mampu mengurus diri sendiri dek penyakit yang tak kelihatan yang memakan dirinya secara perlahan -lahan.Jarinya yang herot dah hilang fungsinya,tak boleh nak menyuap makan, nak pegang sudupun lagi tak boleh.Penyakit apakah ini?
Dan hari ini jirannya yang tinggal selang 4 rumah dari rumahnya Yang Berusaha bawa ke klinik.Jiran ni bagus kan?ni baru betul dipanggil Yang Berusaha(YB) bukan YB yang kita selalu address dalam ucapan tu yang kadang-kadang tak berusaha langsung!.ehehe melalut plak.

Amat malang untuk mereka yang terkena penyakit ini, Penyakit Rheumatoid(ru-ma-toid) Arthritis(are-tree-tis) kerana terpaksa menanggung derita sakit sendi yang secara pelan pelan merosakkan sendi serta mengurangupayakan pengidapnya.(Rheumatoid arthritis occurs when white blood cells — whose usual job is to attack unwanted invaders, such as bacteria and viruses — move from your bloodstream into the membranes that surround your joints (synovium). The blood cells appear to play a role in causing the synovium to become inflamed. The inflammation causes the release of proteins that, over months or years, cause the synovium to thicken. The proteins can also damage the cartilage, bone, tendons and ligaments near your joint. Gradually, the joint loses its shape and alignment. Eventually, it may be destroyed.)

Tapi itu buka isunya di sini..yang mama heran kenapa pesakit ini memilih untuk berdiam diri menanggung sakit hingga sendinya seawal begini dah jadi herot berot(eh!betul ke kataganda ni?).Kalau betul dikesan awal dan diberi rawatan sewajarnya tentu tak cepat begini makcik ni menjadi hilang upaya.
Walaupun mama tahu agak terlewat untuk merawat makcik ini tapi mama bagi gak cadangan agar dia berjumpa dengan rheumatologist kenalan mama yang tersohor kat Ipoh tu..untuk dapat rawatan yang terbaik dan fisioterapi kalau perlu di hospital TAPI dia enggan bersungguh-sungguh takmau pergi.Pelik gak kan…Rupanya dia trauma untuk ke sepital lagi ….

Dulu makcik pernah masuk wad sebab sakit macam ni..seminggu dalam wad makcik takboleh bangun berdiri atau berjalan hingga nak ke bilik airpun kena bantu.
Tapi sorang misi tu selalu sangat marah makcik, dia kata makcik ni malas nak bangun berjalan..sampai hati dia bagitau ketua dia(matron ler kot) camtu.Tiap-tiap hari kalau dia bertugas mesti dia warning makcik..(ni cam kes buli gak ke?).Tapi kejadian yang makcik takboleh lupa bila dia tinggalkan makcik dari jam 4pagi hingga 6pagi sorang sorang dalam bilikair!Nak bangun sendiri takboleh sakit sangat.Makcik takut..Makcik dah serikk duduk situ.Makcik sain minta balik(AOR discaj) pastu”

Dalam hati mama rasa cam nak suruh makcik tu sumpah misi tu supaya dapat sakit macam tu juga..haa.. baru dia rasa camna sakittttnya.Doa orang sakit mudah makhbul kan? Mujur mama sempat deletekan fikiran jahat tu..
Jadi camna mama nak pujuk dia ke sepital semula?