seperti yang mama jangkakan sebelum ini,sebagai mana cerita Laksamana Do Re Mi,kerajaan bawah pokok terjadi juga..

di sidang DUN Perak yang berlangsung juga di bawah pokok seperti gambar ini
exco-meeting

MESYUARAT DI BAWAH POKOK… Kesemua 28 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang tergempar DUN Perak di bawah pokok di kawasan Medan Istana berhampiran bangunan SUK di Ipoh kira-kira pukul 10.30 tadi.-dipetik dari mySTAR hari ini.

Dah jadi haru biru politik di Perak buat masa ini..gara-gara pemimpin politik yang masing-masing mengaku kononya bijak berpolitik,semua pakat tunjuk kuku ..yang jadi mangsa rakyat jelata …ye la semua urusan di pejabat kerajaan negeri tertangguh dek kerna depa semua bercakaran sesama sendiri..Depa ni tak boleh ke bersalaman berbalik kepada tugas semula ya YB?
Cam kata Angah bila dia tengok sidang parlimen..YB bertengkar macam budak tak sekolah,tak bermaruah langsung,tak ada adab dan pekerti.Menjerit bising seperti murid ditinggal cikgu dalam kelas.Patut nye mereka ni dihantar ke INTAN Sg Petani supaya diajar adap dan susila sebelum masuk dalam dewan yang rakyat punya.
Mungkin kita yang silap memilih pemimpin atau mereka yang silap letak calun orang-orang yang tak berotak normal semasa pilihanraya dulu hingga kita jadi keliru …nak pilih parti ke atau pilih pemimpin tanpa mengira parti?