Kenapa mama suka sangat beli kueh ini?

soal Ajim bila melihat mama borong kueh yang satu ini di pasarmalam.Ini namanya kueh dangai, anakku.Kuih yang mempunyai nostalgia dalam hidup mama.Kuih yang wajib mama beli bila terjumpa.Kenapa?
dsc00617
Kueh yang dibuat dari tepung pulut yang digaul dengan gula dan nyior muda ini sangat sedap kalau dimakan panas-panas.agak keras bila dah sejuk.Rasanya lemak lemak manis masin dan hmmmmm sedap.
dsc00616

Masih ingat masa remaja dulu, pecah pecah tapak tangan ini bila setiap hari mama akan menumbuk beras pulut yang emak rendam semalaman untuk dijadikan tepung menggunakann lesung penumbuk .rupa lesung lebey kurang camgini..pernah tengok tak?
lesung-kayu_menumbuk1

Setiap hari selepas balik dari mengaji quran inilah tugas mama,tumbuk ..ayak..tumbuk …ayak.Beras pulut yang agak liat akan melekat di lesung menyusahkan mama.Melepuh tangan dibuatnya berat mengangkat penumbuk kayu buatan ayah….tapak tangan yang perit melepuh yang takpernah mama merungutpun pada emak kerana mama tahu emak pun penat seharian bekerja di bendang….akhirnya siap tepung pulut yang akan dimasak menjadi kueh dangai awal pagi esok.

Awal pagi esok bila emak akan siapkan kueh dangai ni.Ayah akan kukur kelapa muda, yang akan emak gaulkan dengan gula sedikit garam dan tepung pulut pastu masukkan dalan acuan besi yang dah disapu sedikit minyak gini..
dangai
pastu dibakar diatas bara api.Dulu emak guna dapur kayu jenuh berasap ler penuh umah ..
100_1212

Bila dah masak tugas mama sebelumke sekolah … potong dan cantumkan kueh tu hingga jadi gini.
dangai250
Dan kemudian ayah akan hantar ke kedai -kedai kopi sekitar pekan Alor Setar setelah menghantar mama ke sekolah.Walaupun harganya tak seberapa tapi cukup untuk menampung belanja sekolah kami adik beradik.Cuma agak sedih bila kadang-kadang ayah balik dengan kueh yang berbaki tak habis dijual…tetapi kami tidak pernah kecewa untuk menjualnya lagi esok dan esoknya…

Cuma sekarang mama rasa membuat kueh dangai agak mudah bila mereka mungkin gunakan tepung pulut yang dah siap dimesin tak perlu ditumbuk lagi… rasanya mungkin agak kering dan be’rampas’ gitu.
Tapi yang pasti mama wajib beli bila terjumpa kueh dangai dijual kerana menghargai…mama pernah merasa susah untuk menyediakannya dan memperolehi rezeki darinya..