Apa silap Pakcik..ubat makan tiap-tiap hari.. makan pun dah kontrol tak der yang berlemak berminyak lagi tapiiii doktor kata jantung saya sumbat semula.

Sian Pakcik ni..dia kelihatan agak kecewa bila tunjukkan pada mama gambar scan jantungnya yang jelas nampak saluran by-passnya yang 7tahun dulu dah hampir tersumbat semula.Pakar jantung di Ampang Puteri dah bercadang nak operate skali lagi..tapi Pakcik minta tangguh dulu ..nak dapat 2nd opinion dari doktor lain..ehehe dia mai jumpa mama plak yang bukan pakar ni.. nak minta kepastian, nak minta penjelasan.Nak minta sokongan emosi mungkin…Wang tak jadi masaalah padanya ..syarikat tempat dia bekerja dulu masih menanggung kos perubatannya lagi walaupun dah pencen.Bestnya kannn.Untung gak pakcik ni pernah bekerja dengan syarikat gergasi hebat yang CEOnya baru dinobatkan sebagai CEO terhebat walaupun banyak duit kita terlabur secara paksa di sana tanpa pulangan.

Mama pun bukan nak salahkan pakcik ni yang tak pandai jaga makan tapi kadang-kadang cara makan kita yang agak salah..

Pakcik dah takmakan nasi lemak,dah tinggal roti canai.Pakcik dah tak berani makan kat luar lagi macam dulu,tau la kat kedai tu diaorang masak guna minyak paling murah kan,tentu banyak kolesterol..pastu mesti letak aji-no-moto banyak-banyak supaya rasa sedap

Wah!betul tu Pakcik.Tapi itu yang sedap kan…teringat gak pada diri sendiri yang suka “jalan-jalan cari makan”.Macam terasa je kolesterol yang dok round dalam saluran darah tu sedang parking buat plaque menyempit saluran darahku…Insaf kejap.:)
Pastu coba citer makan pakcik sekarang camna?

Pagi makan oat, tengahari makan nasi sikit dengan lauk rebus rebus aje..malam jarang makan.

Wah macam ideal sangat kan?Tapi tentu jemu makan gitu kalau hari-hari ?Tapi napa sumbat kembali?Soalnya lagi macam mama pulak yang salah…Hmmmmm camna nak ekplen kat ye? Tapi tiba-tiba makcik ,isterinya bagi jawapan…

Tapi Pakcik kamu ni suka masak nasi goreng tengah-tengah malam

Bisik makcik sebelum keluar……