Perasan tak sekarang musim panas menyengat..rumput di padang dah mula kering,bunga di laman dah lecur layu bila terlupa di siram, air di kolam dah menyejat…bila keluar rumah terasa bahang panasnya membakar muka..
Kalau di kampung camgini boleh ler pakai bedak sejuk banyak-banyak kat muka macam penari opera Cina tu tentu rasa sejukkkk aje muka kan?..tapi ni mama nak pergi kerja kalau pakai gitu alamatlah ramai yang dapat heart attack nanti.Ehehehe…
Masa berada di Mekah dulu makcik Kelate yang bersama rombongan mama akan pakai bedak sejuk dengan asam jawa tiap-tiap malam sebelum tidur..katanya nak kurangkan panas badan semasa berada di sana…mujarap jugak petuanya.

Eh!kenapa tiba-tiba topik bedak sejuk jadi glamer plak ni?

Tiba-tiba mama rasa nak jadi toke produk bedak sejuk walaupun ramai orang sekarang dah hampir tak kenal apa dia bedak sejuk..sekarang cuma di pakai oleh opah di kampung atau dilumur dibadan bayi untuk elakkan ruam panas?
Kenapa? topik di akhbar pagi ini mungkin mendebarkan penggunanya ” bedak talkum pencetus kanser ovari”

Teringat dulu-dulu kalau di kampung musim panas begini emak dan arwah makngah akan sibuk membuat bedak sejuk.Nak tau camna nak buat bedak sejuk?
Senang aje..gini..Pilih beras yang paling elok.Rendam dalam air daun pandan selama 3 hari 3malam.Kalau ada bunga melur, bunga cempaka atau bunga tanjung masukkan sekali biar wangi aromanya.Setelah cukup masanya tapis beras dan blender ..dulu kita giling atas batu giling tau..bia dah halus pekat masukkan dalam daun pisang yang dibuat corong @kon dan titikkan satu persatu atas kain putih atau daun pisang untuk dikeringkan supaya jadi camgini …
bedak-sejuk
Mudah dan murah kan?
Cara nak pakainya pun mudah aje..ambik dua tiga butir larutkan dalam air pastu sapu kat muka dan leher..
Boleh disapu pada badan yang kena ruam dan melegakan gatal ruam chikenpox..
Kalau baby selesa tidurnya selepas disapu gini
bedak

Selamat mencuba