Sakit apa?
Sakit perut.
Perut kat mana?
Kat pusat.
Dah brapa hari?

“Dah dua hari. Semalam jumpa doktor dah.Doktor tu lelaki ,mungkin dia segan nak peksa betul-betul.Dia tekan-tekan perut saya sambil duduk gini(seperti dia duduk atas kerusi disebelah meja mama).Pastu dia agak saya kena kencing kotor..dia bagi ubat tapi sakit tak kurang gak.Makin kuat pulak sakitnya.Nak sentuh pun sakit”

Agak agak apa ya?Acute abdomen ni ?Appendik?Peritonitis?Rupture Ovarian cyst?..and the list akan bertambah ngeri kalau patient tau.Pastu camna ?nak hantar di pergi X-rAY ke?MRI?CT scan?

Jangan teruja nak pergi buat macam-macam test.Jom kita peksa dulu.Bila sentuh sikit kat perut dah sakit sangat..Awat nya?Tengok ngan mata kasar nampak gini..

Lihat gambar ni.Ada nampak apa-apa abnormal ka?rupa macam taiklalat kat sebelah kiri tu cuba lihat betul betul..
dsc00210

Oooooo rupanya ada “makhluk” sikenit ni.ni rupanya yang mama sepit dari situ.Adoi! sakit la!…

dsc00211

Gambar sikenit yang di’makro’kan.Dah kenyang rupanya.

dsc002121

Laaaa….kutu B*B*kata mak dia.Ada yang panggil cengkenik.Betui ke?
Kita gelar “tick” kan? Kutu B*B* yang rupa seperti tahilalat je kalau sekali pandang… boleh hidup dengan hisap darah kita berhari hari hingga berganda saiz badannya..dia dudukpun di tempat yang strategik gak …pernah jumpa dibelakang telinga patient, di dalam telinga pun ada!lagi haru kan?Selalunya patient dibius cinta oleh sikenit hingga beberapa hari baru terasa sakit dengan kehadirannya..masa tu perutnya dah boroi dengan darah kita tapi kepalanya masih terselam jauh di dalam kulit kita.Jangan tergesa-gesa nak tarik nanti kepalanya tertanggal jenuh gatal dan sakit berterusan…