Nak pegi ke tak pergi?.soalan tu bermain sejak tadi..macam -macam tanda soal muncul dalam kepala otak yang sedang sibuk melihat patient ni..
“Dah last minit ni ramai pulak yang tak jadi pegi,masing-masing ada komitmen lain..yang tinggal nampaknya kita berdua saja.Camne jadi ke pegi?” sms Dr.A,kawan sepersatuan PPIM sini bertanya.Mama takleh bagi respon segera nak kata tak boleh dah berjanji dengan AJK Masjid nun di Tepeng , janji nak jumpa… nak bincang pasal sunathon.Hati masih berbelah bagi, antara nak pergi dan takmau pergi sama banyak bahaginya…ehehehe..
Ni belum jadi sukarelawan nak pi GAZA yang lagi banyak cobaan dan dugaannya..ni nak ke Tepeng je..perjalanan yang aman tanpa peluru melintas diatas kepala.Kesian juga dengan pak haji -pak haji masjid tu,kabarnya anaknya yang duduk belajaq di Peghleh pun sanggup balik nak jumpa kami sebab temujanji ni.sebab diapun yang buat cadangan ni.
Tapi hati macam berat nak pergi campur dengan penyakit M………ada alasan lagi?

Lagipun esok ada majlis sambutan jublee Perak kat istana..dengan situasi yang panas sekarang(termasuk cuaca pun menyengat panasnya)jalan-jalan kat Ipoh hingga Kuala Kangsar mungkin banyak roadblock..punnn bukan alasan yang kukuh untuk membatalkan temujanji yang telah dibuat.Kita ikut highway je mana mungkin ada roadblock?Kalau penyamun bawak lari senjata ka atau seludup manusia dari Bukit Kayu Hitam ikut jalan highway PLUS hingga Tambak Johor pun rasanya tak sapa tau sebab penyangak ni tau betapa mudahnya untuk bolos dijalanraya kita..bebas sebebasnya kecuali speedtrap yang hanya menangkap hadlaju bukan apa yang dibawa dalam kenderaannya kan?…

Ok jadi je..kita pegi walaupun hanya tinggal berdua.Esok pagi-pagi anak-anak semua sekolah,mamapun kerja separuh hari ..pastu bila semuanya dah balik kita bertolak pergi.Abah dah berjanji nak temankan.Anak-anak, Angah dan Azim serta Arif gelak besar bila mama ajak pergi sekali..hahahaaa..”mama nak suruh kami pergi zoo Tepeng tu sementara menunggu mama selesai mesyuarat?” Huh!Tak relaaa! kata mereka baik duduk di rumah saja, mama lupa yang mereka dah besaq , bukan budak tadika lagi yang suka pergi zoo.Umpan dengan mee udangpun depa tak hingin ..camtu sekali tarikan komputer dihari minggu..melekat macam gam gajah dikerusi takmau diajak kemana.

Tentu AJK masjid terkejut beruk tengok yang mai kami berdua aje walaupun janji awalnya macam seramai rombongan Cik Kiah nak pegi minang.Alongpun nak ikut sekali..Profnya dah bagi commitment untuk pelajarnya turutserta dalam projek tu nanti.Tugas mama dan kengkawan lainnya untuk cari syarikat yang boleh sponsor smartclamp,alat yang akan digunakan semasa sunathon nanti.Waktu ekonomi sedang merudum ni harap-harap masih ada yang sudi sponsor…termasuk peralatan lainnya, local anesthesia,dressing set bla..bla..bla..Kalau ada pilihanraya kat kawasan tu kan senangggg…mesti ramai menteri yang berebut nak turut merasmikannya kan?Kan hampa taktau masa pilihanraya kalau ada kepala paip bomba yang baru dipasangpun ada menteri yang sanggup pi rasmi…ehehhe..camtu sekali kemaruknya.

“Esok ceramah kat pejabat agama 11pagi hingga 12.30 tengahari” sms ustaz ,pegawai tadbir agama SR…Laaaaaaaa awat last minit baru bagitau?Camne ni?