dsc01060

Hari ini suhu badan tiba-tiba jadi panas sangat,hidung tersumbat plak hilang deria bau..cuba berjalan mujur sendi-sendi tak rasa sengal atau sakit..bimbang gak dalam merawat ramai pesakit Chikungunya setiap hari mata liar memerhati kalau-kalau ada puan Aedes yang datang bertandang sekali dalam bilik mama…

Tepon staff untuk tutup klinik pagi ni..mudah-mudahan petang nanti kebah demam bleh beroperasi semula…malangnya suhu cuma turun sekejab aje bila habih kesan parasetemol panas badan semula menyebabkan terpaksa terus tutup aje klinik hari ini.

Semalam je baru pujuk patient yang mengeluh demam kuat, dah beberapa tahun takpernah sakit katanya ..takper makcik sakit sikit ujian Allah…jadi hari  ini pujuk diri sendiri.dah lama kamu sihat kan?..Cuma mohon agar segera disembuhkanNya.. dah janji ada ceramah ujung minggu ni di UPSI.Abah plak nak ajak tengok pameran usahawan di KL, Angah  ajak join dinner bersama Along malam itu…banyakkkkkkkk nor  urusan dunia kamu..perancangan Tuhan tak siapa yang tahu kan?

Teringat kejadian remaja pempuan yang hampir maut di klinik mama malam sebelum ini..baru je mama nak tengok patient pertama malam tu tiba-tiba bergegas masuk staf bagitau ada kes kecemasan di bilik sebelah…bukan kenc*** masam tau..ini betul kecemasan…pengidap asma tapi tahap tenat..nampak tegang urat leher menarik nafas yang takmau masuk akibat dadanya enggan kembang menyedut nafas..kuku dah biru..dah takleh cakap…cam status  asthmatikus gitu

[Status asthmaticus is an acute exacerbation of asthma that remains unresponsive to initial treatment with bronchodilators. Status asthmaticus can vary from a mild form to a severe form with bronchospasm, airway inflammation, and mucus plugging that can cause difficulty breathing; carbon dioxide retention; hypoxemia; and respiratory failure. The typical clinical presentation involves persistent wheezing with retractions. However, not all children with severe asthma wheeze; some may present with cough, dyspnea, or emesis. Alternatively, not all patients who present with wheezing have asthma; some may have one of various other causes of obstructed airways.]

..bagi nebuliser dan oksigen  pun dia dah enggan ,mula meronta menepis..segala yang ada habis ditariknya..cam panik takleh nafas mungkin..ayahnya yang pada mulanya asyik marahkan anaknya yang takmau ke klinik sejak pagi tadi mula panik  bila melihat keadaan anaknya begitu mama biarkan saja ayahnya melihat sendiri …apa yang cuba mama usahakan supaya jangan dia salahkan mama nanti kalau apa-apa terjadi pada anaknya..mata dah bulat terpacak ke atas..rontanya semakin lemah..

rawatan untuk status asmatikus mama cuba lakukan sebaik mungkin .nebuliser dan oksigen silih berganti..intravenous corticosteroid dah diberi tapi kenapa kurang reaksi?Mungkin hypoxia semakin teruk dengan karbon dioksid retention menjadikannya semakin tidak sedar diri tapi mama takder pulse oximetry untuk mengesahkannya cuma clinical diagnosis aje..dadanya penuh dengan bunyi bunyi yang menakutkan..belum silent chest lagi ngeri …pihak hospital dah dihubungi untuk ambik kes ini..harap dia selamat dan pulih setibanya disana walaupun masa dibawa pergi dia dah taksedar diri..

Ayahnya mama yakinkan segalanya akan pulih walaupun ayahnya nampak macam dah kurang bermaya untuk berdiri tegak.Rasa terkilan marahkan anaknya sejak tadi bertukar menjadi risau dan gabra..

‘kawan makcik baru 3 hari lepas meninggal ..lelah macam tu lah” cerita makcik yang tertunggu dalam bilik rawatan sejak tadi ..mujur ayah remaja tadi takdengar.

Selesai tengok semua patient malam tu mama hubungi pihak hospital bertanya kabar patient mama tadi…mujur casualty tak bizi malam ni.

“Takpa doktor… dia dah sedar….sedang tunggu nak buat Chest-Xray ni” bagitau Pembantu Perubatan yang ambiknya tadi.

Ohhhh syukur alhamdulillah..

dsc09829