Kita beralih cerita pulak..tahu ler negeri ini sedang menjadi perhatian semua.Kita tunggu dan lihat siapa yang bijak berpolitik walaupun politik itu hancing ….

Rupanya kain rentang depan pintu masuk ke highway yang digantung kerajaan baru PR mendabik dada  mewar-warkan kemampuan kerajaan baru memberi geran tanah kg baru yang kita ketahui dimiliki oleh sisepet meresahkan penduduk Melayu.Atas apa alasan pun… kain rentang yang digantung serata tempat itu sedikit sebanyak mengguris perasaan kita.Apa perlunya mereka berbuat demikian? Tahu ler mereka nak meraih sokongan kaum tertentu tapi jangan hati kita dilukai.

Dan bila Pak imam dan pakbilal parti Islam mengaku terpaksa menukar jubahnya hanya kerana ingin hadir majlis yang dihidang dengan minuman keras bersama parti kawannya yang memang minuman rasmi mereka …alasannya  ” Kena pakai baju batik ler, tak syok bila orang ambik gambar kita depan minuman keras tu walaupun kita tak minum..” mama jadi keliru dengan pegangan mereka… siapa yang perlu menghormati siapa sebenarnya?.

Bila anak muda dilarang lepak yang melaghakan kita menyeru mereka melakukan aktiviti berfaedah bila berkumpul beramai-ramai…tapi terkejut mama dan terlopong abah bila dibagitau tapak padang sepaktakraw depan dewan orangramai tempat depa dok main badminton petang petang tu  yang selama ini digunakan percuma tetapi  ketua kampung yang baru minta bayaran pulak untuk menggunakannya..kenapa begitu?.Jangan ler gitu tok..itukan dah lama diberikan percuma…

Selepas ini nampaknya tok ketua kampung terpaksa meneruskan kerja menjual ikan di pasar kembali walaupun masih banyak baju batik yang taksempat dipakainya untuk majlis rasmi tersimpan dalam almari..

Cuma mama pun risau juga bila kerjaan yang bakal ujud ni yang ketandusan pimpinan yang berkaliber ..banyak yang ber’kakilebar’.Apakah zaman pemimpin yang jujur diketepi yang tak amanah disanjungi dah ada dizaman kita?