Sedang rakyat Perak bergumbira dengan cuti umum hari ini tetapi  ramai yang berkerut dahi memikirkan kekecohan politik  negeri ini yang wakil rakyatnya dah berubah jadi katak kembong ,melompat sana-sini..kata 2 ADUN PKR dah lompat ?ada yang kata depa letak jawatan ADUN tapi belum lompat?Dato’Bote dari BN dah lompat dah ke PKR.

Kalau dua-dua lompat parti dan tak letak jawatan ADUN ada harapan orang BN memerintah semula..

Tapi kalau letak jawatan(itupun kalau surat akujanji yang diserah speaker diterimapakai  SPR) alamat  orang Behrang ngan Changkat Jering sambut raya sekali lagi.Ada harapan dapat beras dan gula free..walaupun bermakna harapan BN mungkin macam angan-angan Mat Jenin…ayam terlepas tangan bau t***

MB Perak dalam temuramah semalam bagitau,” kalau adun PKR lompat parti kena letak jawatan Adun,tapi Dato’ Bote orang BN  yang lompat ke PKR takperlu letak jawatan (mungkin Dato’ tak dak surat akujanji macam PKR?)”

Apapun senario politik Perak mungkin berubah kali ini..belum setahun parti Pakatan Rakyat memerintah yang pasti petugas  kat pejabat tanah dah mula mengeluh yang ramainya non-bumi beratur setiap hari memohon geran tanah untuk Kampung Baru… Bisnes?Takcukup kedai kanopipun didirikan untuk mereka berniaga..

lagi terkejut bila senarai ahli majlis Daerah untuk kawasan ini hanya dimonopoli oleh bangsa lain ..takder nama Melayu?camna tu?Dah hilang suara kita untuk itu..Kita?…Walaupun berderet kedai dibina tapi takmampu nak memilikinya..jauh sekali nak tumpang berniaga.

Pasar malam dalam pekan sebelum ini dihantar nun jauh ke hujung kampung, gerai makan   diruntuhkan dipindah dilaluan yang terpencil  ..berulat lauk takder orang nak makan., gerai jambu Melayu  ditepi jalan dianggap menyusahkan ,jem jalan kononnya…lalu dipindah jauh dari laluan utama.pastu sapa nak singgah?…busuk jambu takder pembeli tetapi kedai sisepet  di dalam pekan sendat pelancong kerumun walaupun jem berjela tapi itu kemajuan namanya..