semua

Apa plan cuti panjang CNY ni? ..

Along cuti seminggu,plan asal dia nak berombongan ngan kengkawan dan lecturernya ke Lumut tergendala bila Profnya tukan plan ke GAZA,Ajim dan Arif cuti seminggu.Angah sedang “tanam anggur” sementara nunggu result.Mula tu ingat nak bermalasan lepak di rumah je..nak manjakan diri bersama famili tapi sms adik merubah segalanya…

” apa plan cuti CNY ni?”…tanya adik macam ada nak ‘hint’ sesuatu ehehe…tau tak pa..

” Langkawi ke Kelantan?” reply mama…Ari tu adik ajak ke Melaka tak dapat join sebab terplan ke Penang.Merasa ler anak-anak main wau kat Padang Kota .Tapi kenapa padangnya yang cantik tu dah diteroka jadi padang tenis pulak..pastu jadi terbengkalai gitu..

jump

Langkawi?..Pulau sumpahan Mahsuri tu?..Ok gak kan.Teringat rungutan Arif sebelum ini..tak pernah dia ke sana seumur hidupnya..kesiannya anak hitam manis mama ni.Rupanya dah lama tak ke sana…alasan ramai orang masa cuti, tsunami dsb selalu membantutkan cadangan nak ke sana.

Jadi takder alasan kali ini….dan Adik pun bersetuju..Acupun nak join..Rohani nak ikut sekeluarga, Zaharah dah 16 tahun tak kesana..Rohaya pun excited gak nak tunjukkan lagenda Mahsuri kat anak-anaknya..cuma platelet Amy yang tinggal 15 aje tu membimbangkan..kesian Amy yang selalu tergendala percutian dek ITPnya.tapi kali ni insyaallah tak apa kot…

Zam dan Ila? Hadif pun teringin nak naik feri tu..mana aci abahnya aje yang pegi ,sekali sakala maknya nak ikut jugak kan?HASUT jangan tak hasut ehehehe….kalau tukar plan bagitau okey?

“Mak long, tido aje kat umah kami” pelawa anak sepupu mama yang memang tinggal di sana…Tapi rombongan kami yang hampir satu feri tu terkejut hang nanti…mujur dah tempah dah tempatnya.

allin22

Jom kita cuti-cuti Malaysia ke sana.Pastu kita balik kampung mandi selut dan cari cari ikan sepat.

mainlumpur3