dsc00306

Bila Gaza di hujani peluru, bom dan paling dasyat white phosforus umpama belerang menyala seperti bunga api ke atas penduduk Palestin kita di Malaysia pula diserang dengan makluk kecil yang berbisa iaitu NYAMUK!

Tikaman halusnya yang lembut manja tu mungkin pada masa yang sama menyuntik virus Denggi atau Chikungunya yang sangat kamceng menyerang bersama sekarang ini..Ramai penduduk tak kira kampung atau pekan hatta orangasli sikit tak terkecuali dilemahkan badan akibat demam ini..Kenapa jadi begini?camna nak bezakan keduanya?camna nak hapuskan nyamuk ni?

Memang sukar juga nak bezakan keduanya kerana dua -duanya simptom yang lebey kurang sama..demam kuat tiba-tiba..tapi Chikungu demam dan sakit sendi..almost semua semua sendi sakit-sakit ketara sangat..tapak kaki rasa macam dicucuk jarum di ikuti ruam halus macam campak muncul selalunya selepas hari ke4 demam..kalau orang muda nampaknya ruam tu kadang2 muncul serentak ngan demam.

Demam denggi, patient lebih terasa sakit tulang belakang berbanding sendi lain..sakit dalam mata dan muntah pening takleh nak makan..

Tapi..apapun ujian darah boleh membezakannya.

“Kenapa orang kesihatan tak  datang sembor asap pun?” pakcik yang baru sembuh demam Chikungunya bertanya pada mama bila bawa isterinya pula yang mengidap penyakit yang sama.

.Pakcik mungkin fikir bila disembur asap putih tu semua nyamuk akan serender serah diri untuk dilemaskan oleh asap putih tu?Mungkin nyamuk yang bingung aje yang KO tapi banyak lagi yang nyorok dalam umah, dalam lemari baju,dalam baldi kat bilik air atau dalam gutter atas bumbung umah, atau bawah petiais? yang tak mungkin dapat dicapai oleh asap putih tu…lagipun kita taktau mungkin ada nyamuk halus yang berkaki belang tu dah kebal dengan asap putih tu..Pastu anak-anaknya, jentik jentik yang bakal jengoi dari dalam takungan air jernih tu camna?Jadi search and destroy tempat pembiakan lebih berkesan kan?Sendiri bikin tau ..kalau tidak… terjumpajentik-jentik ni  dengan pihak kesihatan nanya je kena saman!

“Napa orang Majlis Daerah tak datang bersihkan longkang kat kawasan perumahan kami?” soal cikgu ni bila dia sendiri terdengkut dengkut berjalan, sengal sendi akibat Chikungunya..Tapiiii cikgu nyamuk aedes tu  tak duduk dalam longkang kotor..dia bertelor dalam air jernih aje..mungkin celah daun pokok bunga keladi cikgu yang depan umah tu dia dah parking anak anaknya.

” Jo kita balik cepat ” gesa menantu makcik ni yang takut berjangkit demam glemer ni dari mertuanya yang dah lesu tak bermaya, mengajak suaminya agar segera balik KL.Ngeri gamaknya bila mama saja ugut dia yang penyakit ini sangat-sangat senang berjangkit.Sampai hati dia nak tinggalkan mertuanya yang nak nak berdiri sembahyang pun tak berdaya..nak bertinggung duduk pun payah..sanggup dia nak biarkan gitu?Lorrrr…bersentuh ngan pesakit Chiku atau denggi takkan berjangkit dengan cara gitu dikkk.

” petang petang takyah ler duduk lepak kat luar buat masa ni sebab waktu ini masa nyamuk ni  dinner ( jam 5petang-8malam) atau waktu breakfastnya( 5pagi-8pagi)…kalau kita ada kat situ ada peluang ler dia” terang mama pada anak remaja ,pelajar yang nak ambik UPSR tahun ini.

“Awat gatal sangat ni” komplen pakcik bekas askar sambil dok garu kulitnya yang penuh ruam setelah demam panas 4hari lepas..”makcik kamu bagi pakcik makan sup ketam hari-hari sejak demam ni.Kenkawan kata sup ketam bagus untuk demam ni “..

Padan ler…Ramai yang percaya air rebusan ketam baguz untuk naikkan platelet kalau demam denggi tapi demam chikungunya tak ganggu paras platelet kan.jadi tak perlu kot..lagi gatai ader la.Ada juga patient yang minum air daun betik yang pahit berdengung tu ..cara traditional yang  mungkin berkesan jika demam denggi, juga boleh menambah paras platelet ..rasanya tak salah kot kalau larat minum air betik tu..

itulah demam yang benar-benar me’lumpuh’kan kekuatan kita..senjata biologi yang mungkin Amerika tak tau lagi kegunaannya..kalau tidak dah laku kita tangkap dan ekspot nyamuk Aaedes pulak.