upset2

Pernah merasa sakit psychosomatik?.iaitu sakit fizikal akibat tekanan perasaan…Ayuh kita ikuti citer ini sebelum melabel patient psychosomatik..

“Kenapa sejak akhir -akhir ni saya selalu berdebar-debar, sesak nafas dan sakit dada .Takleh dengar bunyi telefon lagi kuat debarnya.”

Aik? bunyi macam nak kena heart attack je kan tapi jom kita cek tengok…takder yang menjurus ke diagnosis itu plak.Telefonphobia ke? atau psychosomatik.Makcik lawa ini masih nampak manis walaupun dah separuh abad ..tentunya cantik dia masa muda dulu bisik hati.

Sebelum nak hantar makcik ni ke makmal atau nak buat macam macam ujian cardio jom kita tanya lagi..

“Ada apa yang dibimbang atau di risaukan ke?” serkap mama.

“Takderlah! anak-anak semua dah besar, dah kerja ,makcikpun dah ada cucu..takder apa nak dirisaukan lagi” nafi beliau.Masih berahsia mungkin segan nak bercerita..Tapi takkan nak tulis ubat dah selesai citer di situ?Dan nak biarkan dia bershopping untuk doktor lagi dengan simptom yang begitu?

“Suami sihat makcik? terjah mama.* wink*wink

“Itu la.Dia tak der ni ,sedang bertugas kat sempadan.Sebulan dia kat sana.” dia mula bercerita.”Saya risau jugak dia kat sana..Takut dia main kayu tiga ngan saya” haaaa kan betul ‘RISAU’ ?

“Mana mungkin saya tak syak.Dia dah lain macam sekarang ni.semasa di rumah bila dapat panggilan telefon dia akan bercakap jauh dari saya, bila tepon berbunyi dalam kereta dia tak jawab atau matikan terus enset, bila di rumah enfon tak lekang dari tangannya atau disorok dalam beg dipinggangnya”

laju makcik lawa ni bercerita perubahan perangai suaminya sejak akhir-akhir ini.Suaminya seeperti ada simptom bunga-bunga cinta je kan?

Tapi satu hari tu suaminya terkantoi juga dengannya.Dia lupa bawa enset semasa pegi semayang jumaat, jadi bila ensetnya berdering dijawab oleh isterinya yang menyamar mengaku adik eehhe boleh tahan gak makcik ni jadi jems bon.

” Saja nak tanya… abang L ni bila nak datang .Janji tadi nak jumpa dengan saya di sini” suara pempuan manja di hujung sana…pempuan tu panggil ‘abang’ kat suaminya…

Sejak itu makcik lawa ni selalu rasa syndrome menopausenya menjadi-jadi..So camna?