hadif41

“Dah sihat makcik?” sapa mama dengan makcik sorang ni bersama suaminya..semasa berjumpa di tengah jalan bila mama menziarah orang meninggal tempohari.Dia baru keluar dari hospital…tapi kata-kata suaminya membuatkan mama terpana seketika;

“Ala bukan sakit biasa tapi kena buatan orang” lantang suaminya bersuara.”Bukan orang lain pun anak menantu sendiri”..mama kelu kata-kata.EH! dengar kabar hari tu makcik ni hyperglycaemia(paras gulanya tinggi melangit) ala ala DKA(Diabetic keto acidosis) gitu..dah meracau bukan -bukan…dia diabetic.Tapi diagnosis mereka jadi lain pulak..mana mereka nak mengaku gitu…kalau dah meracau tu mesti kena rasuk ler..tapi mama malas ler nak bersoaljawab panjang  ditengah jalan tu..lagipun diaorang pun nak gi ziarah orang meninggal gak..so biar dia dengan diagnosisnya..

“Ada ke anak sanggup nak bomohkan ibu sendiri..lagipun ada lagi ke orang yang sanggup nak ber bomoh ni?” soal mama pada abah.Tu yang bahayanya bila jumpa bomoh begini siap buat tuduhan lagi..Kan makcik ngan pakcik ni dah marah sangat ngan anak nya..pasti lepas ni hubungan mereka tentu tidak akan semesra dulu lagi…jadi benci tapi rindu..dahsyat kan?

Teringat cerita makteh Ma, kawan mak di kampung yang menyesal tak sudah.Apa ke tidaknya bila rantai emasnya yang besar gedabak macam tali sauh itu hilang..jenuh dia pergi jumpa bomoh untuk meniliknya ..dan bagitau siapa pencurinya..tak lain takbukan bomoh tu kata KAKAKNYA sendiri..kebetulan kakaknya yang satu satunya tu pernah datang bertandang ke rumahnya dan rantai tu hilang masa ketika tu juga menguatkan tomahan bomoh tersebut..sejak itu mereka bermasam muka..tak bertegur sapa putus saudara hingga kakaknya menjadi aruahpun dia tak pergi ziarah jenazahnya..marah sangat ler tu padahal kalau dah hilang tu redha sajalah..bukan rezeki kita lagi..

Tapi  bila dia berkemas biliknya pada suatu hari berderau darahnya bila terjumpa semula rantai besarnya tu terselit dicelah papan katil di dalam biliknya..BUKAN di curi kakaknya.Sesal tak sudah selepas itu.Nak minta maaf kat kakaknya camna?

Satu kes lagi sepasang suami isteri yang baru 3 bulan kawin datang jumpa nak minta rawatan isterinya yang selalu pening pitam semenjak dua menjak ni..bila pergi jumpa bomoh..pakcik bomoh  bagitau isterinya terkena ‘buatan orang “..tapi walaupun dah dirawat dek bomoh tu masih tak reda jugak penyakitnya… tu yang datang jumpa mama plak.Haaa biar mama pulak yang mengengoknya…

Tapi kali ini si suami pulak terkejut  bila mama bagitau isterinya memang ter kena penyakit buatan orang dan orangnya dekattttttt dengannya..setelah  buat UPT(urine pregnancy test) isterinya  positif!..Tu la masa kursus kawin tempohari hang tidoq ka?