sorautara

Terliur tak?Hehehe ni entry pasal makan pulak..Kebetulan musim bubur asyura baru aje berlalu ari ni nak tunjuk bubur asyura yang berbagai versi dan rasanya..

Gambar atas tu bubur asyura versi Kedah atau utara yang manis rasanya yang biasa mama makan sejak kecik kecik dulu dan sekarang sedang teringin benar nak memakannya tapi tak berkesempatan balik kampung untuk merasanya …orang kampung panggil bubuq sogha..depa kacau tepung beras campur gula campur santan campur ubi,pisang,kacang,jagung,nangka(kalau ada la)..kacau dalam kawah hingga adunan tu dah tak melekat di senduk baru angkat.bila dah sejuk macam gambar kat atas tu baru boleh di potong untuk dihidangkan…hmmmmmmmmmm sedappp.

Tapi ada yang kreatif men’glamer’kannya dah jadi macam gambar kat bawah ni.

bubuq-sora-kedah

bubuq-sora2

bubuq-sora3

Menarik gak kan?Nak try ini resepinya

Bahan-Bahannya:

1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara-Cara

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.

p/s boleh dimasukn isi durian..lagi bertambah sedapp

Yang kat bawah ni dipanggil bubur sugho kalau di Kelantan..rasanya manis campur pedas ala-ala makjun gitu sebab banyaknya rempah ratusnya..taste mama ler .Tapi mama sangat suka makannya bila ditabur beras goreng dan telur dadar yang beranika warna..masa kerja kat sana dulu merasa ler join staff menyediakannya siap ngan buat pertandingan lagikk..sekarang dah hampir 14 tahun tak merasanya…dah windu plak dengan rasanya.

sugha-kelantan

sughakelantan

Yang gambar bawah ni pulak bubur asyura dari teganu..teringat masa berjiran dengan kakak dari teganu, selalu diberi kami bubur yang camni rupanya..rasa seperti bubur lambuk siap ngan ada daun paku-pakis lagik.

asyurateganu

Bubur Asyura Perak (sori tak da gambarnya pulak) serupa macam bubur lambuk  bulan puasa tu cuma ditambah kacang kuda ..Semasa pergi umah saudara di sebelah Pengkalan Hulu dolu dolu syuranya macam nasi himpit tapi rasanya macam nasik lemak  ditabur serunding ikan bilis di atasnya..mungkin lebey kurang camgini kot?

Ni bubur asyura ape ye?Nampak cam luxury gitu.

buburasyura