Sedang ralit(asyik) merawat patient pagi ini tak sedar jam dah hampir 11pagi..patient masih ramai kat luar..sempat ke nak antar Ajim ke sekolah 12.30 nanti?Abah ke luar daerah..selalunya abah yang bertugas eehehe…takpa don’t wori be happy….

Tiba-tiba dengar macam benda jatuh kat luar..kecoh dan serentak dengan itu staff mama muncul di depan pintu bilik, “Doktor, ada orang jatuh kat luar..pengsan!” cemas ja bunyinya.

Mama bergegas keluar, nampak pakcik terjelepok dah diangkat atas kerusi roda di bantu ramai patient yang ada..patient dah biru..tak sedar diri dengan mulutnya separuh terbuka menampakkan lidahnya yang dah biru ..dah tak bernafas pakcik ni !Isterinya dah mula menangis menyuruh suaminya yang tak sedar itu mengucap…

Kemudian segala galanya  menjadi kalut…no spontaneous breathing…mata pakcik ni dah separuh terbuka dengan lidahnya  terjelir gitu …semuanya dah menjadi biru dan haru biru…mujur orangramai patient yang menunggu  tadi membantu menggangkat nya ke katil …

“Kami baru balik dari klinik tadi (GP lain ler), dia kena demam Chikungunya..tadi doktor ada beri injection..sebelum balik kami singgah nak beli ubat kat farmasi sebelah ni ..tiba-tiba dia rebah tadi dia elok je “

bagitau isterinya sambil jarinya sibuk mendail seseorang diensetnya..

“Dia ada penyakit lain ke makcik?lelah ke ,sakit  jantung ke sebelum ini?” tanya mama.

“Dia memang selalu penat..asma” kata isterinya.

Ting! rasa macam ada mentol menyala tiba-tiba atas kepala mama…ini mesti kes drug allergi yang terlampau ni…anaphylactic shock!

“Please pakcik jangan mati lagi, Ya Tuhan beri peluang kedua untuknya” doa mama dalam hati.takkan nak declare mati(DOA=Dead on arrival) kat sini…nanti jadi hari ini dalam sejarah klinik mama…

Skill CPR sangat berguna disaat ini..mujur dengan 3 kali tekan di dada dia dah bernafas semula walaupun nampak tersekat-sekat payah.maasih tak sedar…flush in apa yang patut…oksigen dan nebuliser..drip dah set..then call hospital untuk ambulan..

Birunya dah beransur kurang..dada dah turun naik walaupun air entrynya kurang  tapi masih tak sedar  diri..

“Takusah risau  makcik..insyaallah pakcik takapa.Makcik duduk dan baca apa yang patut disebelahnya.Yang lain biar saya cuba uruskan”

mama cuba mententeramkan isterinya walaupu mama sendiri berharap keajaiban akan berlaku..

Neeenoo!neenooo! ambulan dah tiba..patient dah stabil cuma masih tak sedar lagi…isterinya bersalam sebelum pergi..”mudah-mudahan segalanya akan okey.”Bisik mama

Kalut selesaikan baki patient yang tinggal bila Azim dah call suruh antarkan dia ke sekolah dan ambik Arif  dari sekolah…and rehat tengahari sebelum masuk bertugas kembali 2.30 nanti.

Bila masuk petangnya, staff mama masuk sambil tersenyum bagitau;

“Masa doktor rehat tadi ,isteri patient tu datang singgah bagitau suaminya dah boleh keluar hospital..dia ucap terimakasih.Suaminya dah okey. “…

Ohhh! itulah keajaiban yang mama maksudkan.Anaphylactic  shock yang syok untuk dirawat…

Pengajarannya:

Berhati-hati dengan patient asthma.. kadang-kadang ada ubat yang boleh membunuhnya terutamanya painkiller!