welcome

Hujan sepanjang perjalanan dan tanahruntuh di banyak tempata mengalu-alukan kedatangan kami bercuti sebelum tamat cuti sekolah..destinasi nya Cameron Highlands.Abah memandu berhati-hati ?20km/h…

Walaupun dalam hujan dan tanah yang mungkin runtuh tiba-tiba tetapi pekerja yang membersihkan kawasan ini merisikokan diri mereka bertugas juga(semalam baru baca dalam berita seorang pekerja pembersihan di sini mati tertimbus semasa melakukan kerja -kerja pembersihan …murni tugas kamu dalam memastikan keselamatan oranglain).Tapi abah kata tanah runtuh di sepanjang jalan itu adalah kejadian biasa di sini..ngeri jugak bila melihat tanah yang rebak nun menutup jalan..nak berpatah balik ?mana mungkinkan? hati dah set nak ke sana.

tanahruntuh

Tak sempat booking pun tapi kami mencuba nasib bertanya tempat persinggahan ini, Century Pines Resort di Tanah Rata ..kebetulan penghujung cuti sekolah orang dah takramai..,” Boleh check-in sekarang” kata gadis Melayu dikaunter walaupun waktu itu baru jam 9pagi..selalu tu selepas jam 2ptg belum tentu boleh check-in.

Kami dapat family room,bilik 2tingkat yang  “wahhhhhhhhhhhhhh….bestnya!” kata anak-anak.Living room dibawah dengan sofabed disediakan dan ditingkat atas satu bilik ,muat untuk keluarga besar kami.

exteriorhotel

interiorhotel

alongarif

Along dan Arif di balkoni dibilik penginapan kami, bilik kecik di tingkat atas tu bilik tidurnya..nampak seluruh pekan Tanah Rata ..

balkoni

livingroom1

allin

Pastu jalan -jalan di sekitar gerai di sepanjang jalan hingga ke Brincang..Tergilakan strawberi yang menawan hati..”murah!murah!hari ini saja…sekotak 15 ringgit!” jerit apex Cina sambil sibuk mengisi buah strawberi yang gemuk -gemuk kedalam kotak.Laju je orangramai berebut membelinya, termasuk mama termakan kempennya.Tapi esok harinya Apek yang sama jual dua kotak 15 hengget dengan buah yang sama!…

icecream

ini cheese cake dengan sepasang fresh strawberi di atasnya..menggoda kan?

cheesecake

Jalan-jalan selepas breakfast..

myson

hujan lebat membanjirkan kawasan depan hotel kami merisaukan Arif yang termenung panjang di balkoni…

banjir

garden

flowershop

flower2