“Long, nak pinjam telekong lama ada dak? ” tanya Dekna.

‘Kain putih ada dak Long?.Pinjam sat ” pinta KakAnis.Kain tudung meja makan ada la…

” Mama along, pinjam make-up set” mohon Lop.Make-up set pemberian hadiah harijadi mama oleh Along dan adik-adiknya dulu yang tak pernah digunakan pun mama serahkan.

“Mama, kamera Sony tu pinjam jap ya” kata Angah.Lop nampanya dah ready dengan Olympusnya dan Ajim dengan Lumixnya…Arif, Own dan Huzaid dah siap ber T-shirt hitam nampaknya.

“Projek apa pulak ni?” tanya mama.” Rahsia” jawab mereka serentak.

Begitulah hari hari anak-anak mama dan sepupu-sepupu mereka membuat persediaan slot untuk malam persembahan dan anugerah Hari Keluarga.Slot persembahan diserah kepada mereka untuk mencorakkannya .Along memantau dari jauh dengan panggilan telefon setiap hari kepada mereka…KakAnis akan mempersembahkan lagu Bunga-bunga cinta dan lagu Cinta 3 segi dan yang lain-lain dengan proje rahsia mereka..

Malam itu selepas selesai klinik , tiba didepan rumah nampak kelibat lembaga putih terbaring di atas jalan di depan surau..kebetulan surau dah gelap setelah selesai Isyak kecuali diterangi lampu jalan yang samar=samar.Rupa-rupa mereka sedang beraksi seram.dsc_5001

dsc_4978

dsc_5041

dsc_4979

Hanya dengan bantuan kamera kompak digital mama,ajim dan Lop..Angah mengeditkannya menjadi begini..Hasilnya dipertontonkan pada kami pada malam itu…

Jom lihat hasilnya…