“Assalamualaikum,Ni Maksu ni.” sayup sayup dengar suara Maksu dihujung talian.Mama baru selesai melihat patient terakhir di malam yang kalut di klinik malam ini..Maksu, adik bungsu ayah memang kamceng ngan mama masa kecik kecik dulu.

“Ha maksu apakabar? sihat ke?” saja nak menduga Maksu yang ada kencing manis dan darah tinggi tu.

“Tu la….. tadi masa pi cek doktor(istilah salah kan?eheheh…awat patient suka cakap depa pi cek doktor?) darah maksu naik 200 lebih..doktor suruh masuk wad tapi maksu takmau lagi” ceria dengar suara Maksu di talian.Cambiasa Maksu memang gitu..kurang ‘risau’ pasai sakitnya.

“Uish!Maksu biaq betui..Awat tinggi sangat?(refer pada BP maksu) Maksu taktakut jadi macam MakTeh ka?”ugut mama konon-kononya ler.

Makteh,kakak Maksu baru je meninggal awal puasa lepas setelah terlantar stroke selama 3tahun.Makngah,pun sama.

Mama tahu Maksu ni hanya makan ubat hanya bila nak pergi jumpa doktor saja ehehe..pantang makan jauh sekali..dia pantang jumpa nak makan…sup perut yang lemak lemak tu memang feberet dia tambahan pulak masakkan maksu memang tip top terutamnya asam pedas ikan daratnya(refer to ikan air tawar)…kalau sambal tumis ikan kelinya jangan cakaplah ..dah basuh tangan pun masih berbau sedap masakkannya melekat ditangan ehehe…dah rindu ngan masakkan maksu…

“Maksu, jaga diri maksu..lagipun kesian kat kami ni (refer pada mama dan adik-adik) ..mak menakan(mak saudara) pun dah tak banyak tinggal…ramai yang dah takada..”

soloro mama dalam memujuk maksu supaya mengikut arahan doktor menjaga sakitnya…ya la Maklong, makngah dan Makteh dah meninggal sob!sob!sob!…

“Takapa nanti maksu makan ubat betul-betul”janji maksu seperti biasa.”Ni nak habaq(nak jemput ler ) raya kedua maksu nak buat kenduri kawin Ja,akad nikah raya pertama ni”

“Laa..Maksu raya pertama takdak laksa ler macam selalu” acah mama yang memang suka sangat ngan laksa Maksu,tapi kalau Maksu buat kenduri akad nikah mungkin melepas la nak merasa laksa idaman .” Ni pun dah kecoq ayaq lioq  teringat laksa tu.” gurau mama.

” Takpa la kalau hang nak makan Maksu buat la” ehehehe..tu yang sayang ngan Maksu tu.

Tapi tu cerita 2 minggu lalu…masa tu Maksu tengah bahagia nak terima menantu dan pada masa yang sama nak timang cucu.Tup tup cucu yang ditunggu hilang dalam kandungan..semalam masa cakap ngan dia dalam talifon cam tertekan sikit perasaannya…dugaannn…mungkin darah maksu naik lagi tinggi kali ini.Kesian Maksu…