“Kak, doktor kata bayi yang saya kandung dah takada.Camna boleh jadi gitu?”

bagitau sepupu mama yang mengandung sulong malam semalam dalam tepon.Yang peliknya kad merah Antenatal pun hilang..jadi bukti yang dia buat pemeriksaan  mengandung sebelum ini pun lesap..

“cuba kontek klinik sana mereka tentu ada salinan antenatal check-up sebelum ini” cadang mama.

Apakah fenomena ini paranormal? .Takkan mama nak bagitau dia ni mengalami pseudopregnancy/pseudocyesis iaitu mengandung palsu sedangkan dia ada buat antenatal checkup dan dah disahkan anaknya yang dikandungnya pempuan melalui scan?Yang dia sendiri nampak dup dap dup dap jantung anaknya kat monitor scan tu?

Dah masuk paper ari ni..(sori copy paste skali ngan iklan ehehehe..)

Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan

Oleh Ridzuan Ahmad
bhnew@bharian.com.my

ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan bulan mengandung.

Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam .

Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan dijangka bersalin pada 29 November lalu.

Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga.

“Kerana tidak berpuas hati, saya kemudiannya dibawa keluarga ke sebuah lagi pusat perubatan swasta di Jitra untuk membuat pemeriksaan kali kedua namun keputusan tetap sama. Malah, doktor mendakwa rahim saya normal seperti wanita yang tidak mengandung,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumahnya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini.

Nurul Shuhada yang menetap di Kuala Lumpur untuk bersalin di rumah ibunya di Kampung Masjid Lama, Hutan Kampung, di sini sempat membuat rawatan terakhir di Klinik Kuala Muda dua minggu lalu sebelum diarahkan merujuk ke HSB, semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian, dia tidak berasa sebarang perubahan cuma mengalami lenguh pada anggota badan selain perutnya memulas.

“Saya pernah bermimpi ada objek seperti kapas putih berada di tepi badan saya seolah-olah seperti sedang menyusu dan objek itu sentiasa mengusap badan saya. Mimpi itu terjadi selama tiga malam berturut-turut selepas itu saya mengalami demam panas,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fazli yang bergegas pulang dari Kuala Lumpur kelmarin selepas dimaklumkan berita itu oleh isterinya, masih terkejut dan menganggap ia sebagai dugaan Allah kepada mereka berdua.