youtube ini sebagai peringatan bagi yang lupa.

jom ikuti kisah ini..

“Kata orang kalau tak makan gula langsung pun tak boleh jugak.Nanti pengsan.”

bagitau makcik ni yang makan garam lebih dulu dari mama.Betui jugak cakap makcik ni tapi gula dan glukos tu sama ka?Tapi takkan nak bagitau makcik ni yang lain -lain makanan selain gula hablur tu pun ada gula juga.Dia dah terlepas kurikulum sekolah yang ajar pasal food pathway..kalau cakap karbohidrat tu tukar jadi gula pun makcik macam tak yakin kan…Takkan nak tunjuk eksperiment iodin test pulak kat dia lagi dia pening pasai yang makcik sebaya emak ni hanya tau iodin tu ubat luka ja…yang dipakai ganti belacan atau serbuk kopi sebelum itu kalau luka macam cerita ranjau sepanjang jalan tu.

“Anak makcik tepon suruh minum air glukos bila makcik bagitau dia yang makcik sekarang rasa letih sangat,jadi hari hari makcik minum air glukos ler selain dari air 100plus yang jiran makcik kata bagus untuk hilangkan letih”

bagitau makcik yang sorang ni lagi yang lemahnya semakin menjadi-jadi hinggakan nak angkat kaki pun tak larat.Lagi haru bila lemah tangan dan kaki sebelah kiri dah lain macam ,nak pegang pinggan pun dah tak larat.Matanya pun macam takcukup tidor aje.Nak pergi cek kat klinik pun takada siapa nak bawa…dia dah tinggal sorang,suami dah lama meninggal,anak anak walaupun ramai… dah berumahtangga dengan hidup masing masing tinggal nun dikota jauh dari kampung halaman..hanya setahun sekali baru nak balik menjengok mak bila lagu raya berbunyi..selesai raya pastu sunyi ler mak ditinggal sorang..ITu dilemma warga emas di kampung…

Jap ya makcik semua simtom dah ada… haus dahaga(polydipsia) jangan cakaplah setiap malam katanya berbotol botol air dalam petiais makcik minum masih takpuas-puas jugak…bancuh air glukos minum pun tak hilang haus jugak..minum 100plus pun sama cam tu jugak.tidur malam asyik bangun ulang kencing berkali -kali.badan semakin letih..makin susut badan kamu.. tegur jiran sebelah yang juga janda tinggal sorang diri .Mujur ada cucu yang lepas PMR datang melawat masa cuti ni..dapat makcik ni ajak temankan dia naik kereta sewa nak pergi peksa doktor..(istilah biasa kan)..

bila buat blood test; bacaan glucometer tak keluar nombor hanya tulis “HI”…………Mujur dia tak koma.