mawi-rabani

Muadz turut membuat persembahan

Muadz turut membuat persembahan

picc

backdrop yang cantik kat PICC.

Perjalanan yang sepatutnya singkat untuk ke Festival Nasyid Kebangsaan di PICC,Putrajaya  menjadi igauan ngeri.

Dalam lena tidur menuju  ke sana Sabtu lalu, jalan PLUS yang sepatutnya lancar sebaliknya penuh dengan halangan.Memang berada diatas jalanraya sekarang penuh dengan kejadian yang tak dijangkakan segala-galanya boleh berlaku.Mati akibat kemalangan ngeri dijalanraya lebih mudah dari yang mati akibat heart attack..so berhati-hatilah….

Mula-mula terkejut jaga terus mengucap panjang bila abah membrek tiba-tiba …mujur jarak  dengan kenderaan didepan yang agak jauh memberi ruang untuk abah memberhentikan kereta yang dalam kelajuan maksima tu…110km/hour ke abah?….dan kereta di belakang tidak mengekor dekat mengelakkan kami dari menghentam depan dan belakang kereta lain. ( So pesan mama bila berada diatas jalanraya jangan mengikut terlalu dekat kereta belakang …sediakan ruang untuk brek kecemasan mengikut kelajuan kereta anda ).

location1

Rupa-rupanya ada bus terbalik melintang habis  menghalang keseluruhan laluan  kami.Penantian yang panjang sehingga bus diangkat hingga kami berpeluang bersantai ditengah-tengah highway! Kalau jual kacang putih pun laku masa tu…Jem sejauh mata memandang.Harap-harap tiada kemalangan jiwa …camna  drivernya boleh buat drift camtu?…Ni berita dari berita harian;

BAS ekspres terbalik berdekatan persimpangan Bukit Tagat, Hulu Selangor, kira-kira jam 3 petang semalam menyebabkan pemandu bas, Azmi Saad, 29, berasal Kampung Selarung Panjang, Karangan, Kedah, cedera parah, manakala seorang lagi rakannya, dipercayai pemandu kedua, Meor Halim Yunus, 47, mengalami kecederaan separa kritikal. Dua daripada 20 penumpang bas berkenaan cedera, manakala yang lain selamat.

dsc_3094

dsc_3101

photo1

foto kecik ni dari Berita Harian

dsc_3120

ginilah rupa bus tu…belemoih kan? Tapi bleh start enjin dan jalan ke tepi plak?

Pastu bila laluan dah dibuka masing masing mengqadha perjalanan yang terbantut selaju mungkin mengejar masa…tiba-tiba terkejut mama melihat sekor lembu sedang melenggang- kangkong ditengah-tengah jalan sebelah sana !Sekor lembu sedang berada diatas HIGHWAY!Oh Noooooo!Mana mungkin ini boleh terjadi! Adakah lembu ini yang menyebabkan bus tu kemalangan tadi dan sekarang dah terlepas keseberang sana tanpa ada sebarang usaha untuk menghentikannya buat ‘cow walk’ di situ plak.Mama dapat rasakan kejadian yang sama akan berulang ..Nauzubillah!!Hari dah beransur gelap.

Belum habih leter mama pada PLUS tiba tiba sekali lagi abah serbasalah bila terserempak dengan seekor anjing hitam plak meluru ketengah jalanraya yang penuh dengan kereta yang laju.Sekali lagi abah membrek rapat mengelak melanggar anjing tersebut dan pada masa yang sama mama menoleh ke belakang mengharap tiada kenderaan yang hampir belakang kereta kami..anak anakku di belakang Ya Tuhan selamatkan mereka.

Shreeeeeeeeeeeeeeeeeekkkk!nyaring bunyi brek  kereta di belakang kami yang berjaya menghentikan keretanya sebelum perkara yang tak didingini berlaku.Fuhhh!..Alhamdulillah ……dan sekali lagi mama menarik nafas lega.

Kenapa jadi begini???Kenapakah  PLUS biarkan  JALANRAYA SEBAGAI ZOO dan merisikokan penggunanya?