umur 28, anak muda yang gagah perkasa yang BMI more than 30, berjalan masuk untuk dapatkan rawatan..Enggan duduk, dia minta begini;

” Tolong bagi ubat buasir kat saya. “

..patient dah buat diagnosis dan rawatan sendiri.siap beri nama ubat yang dia selalu makan….so adakah mama cuma perlu tulis nama ubat dan suruh dia ambik kat kaunter habis citer?

Nanti kejap ya…ni bukan my regular patient..so mama kena bertanggung jawab ambik histori dan peksa dia sebelum menulis apa apa ubat atau rawatan.Itu yang mendiang Prof Danaraj ajar dulu…terpahat kuat lagi tiada jalan pintas kalau meragukan.Pesan dia ….bila patient berjalan masuk perhatikan mereka sebab dari situ banyak maklumat yang kita perolehi..gender, saiz badan , cara dia berjalan dsb..

Walaupun umurnya muda jangan kita terlepas pandang dengan istilah buasir , piles or haemorrhoid ini kerana banyak yang tak dibagitau patient kalau tak kita korek rahsia perangai “waste productnya”…

“Saya dah biasa makan ubat tu tapi bila kebetulan balik bercuti d kampung terlupa pulak bawa balik ubat yang biasa saya makan” dia meneruskan kata macam dengar pulak bisik hati mama yang enggan menurut perintahnya..hehehe

“Maaf ya nak tanya..apa yang awak maksudkan dengan buasir tu..?”tanya mama bizi bodi lagi.

‘Ya la kawan saya kata kalau berak berdarah tu buasir la, saya pergi beli ubat kat farmasi selalu ok aja.’jawabnya konfiden.

Obese, berak berdarah…buka semestinya buasir lagi kan?jom tanya lagi..

“Ada darah campur lendir ke najis tu?” tanya mama lagi ..

“Ada kadang-kadang”.

“Darah dan lendir tu bergaul ngan najis skali ke atau terasing?” Jijik la tanya soklan tu?…Haa ni Soklan cepumas tau walaupun agak jijik..nak tau mana lokasi punca darah dan lendirnya di dalam usus tu..

“Awak ni suka makan daging tak?..Satay? beefsteak?burger?” terka mama… semua tu citarasa pilihan menu anak muda sekarang.Citarasa merbahaya..selalu gak pesan ngan Along kalau bersantai makan ngan kengwan tu kurangkan menu daging dalam hidangan …sirloin steak or sup gear box kat tONY rOMA tu… selain tempat tu mengeringkan duit poket bulanannya…takut terpaksa mengempeskan perut dimasa akan datang…

Tau ka salah satu punca kanser usus yang jadi pembunuh no 2 dikalangan manusia adalah diet yang kaya dengan daging merah ?..kalau dipanggang buat satay atau digrill akan melepas bahan pencetus kanser/carcinogen ????..Mama dah jumpa patient yang baru berusia 19 tahun dengan kanser usus mungkin kerana feberetnya satay daging free sebab maknya yang jual satay..berbalik kepada patient tadi,dan jawapannya;

“Haah! tu memang feberet” …Kan betul.Jom kita cek betul betul…Last-last dia agak bingung bila mama kata dia nak kena segera di rujuk ke spital.Toksah tunggu.Surat rujukan mama berikan, lower GIT Bleeding TRO large bowel malignancy.

Dah hampir lupa citer tu..dah hampir 3 bulan.. bila tiba-tiba dia muncul semula depan mama dengan imej yang berbeza,kurus dan cengkung .

“Ingat saya lagi? betul cakap doktor..memang kanser usus rupanya, mujur peringkat awal lagi..sekarang sedang dalam rawatan”