“kenapa muka saya jadi kebas,keliling bibir rasa macam kena cucuk ngan jarum(paraesthesia),tangan ni kebas dan kadang kadang kejang(tetany) lepas buat operation paratiroid ” .

bagitau makcik yang dah tujuh tahun kena “cuci buah pinggang” akibat Chronic renal failure sambil selak tudungnya menunjukkan parut melintang ~4cm di tengah lehernya.

Wah! pesakit yang bagus ni …bagitau simptom dan diagnosisnya sekali..takyah fikir pasal diffential diagnosis dah..hehehe.Boleh teka tak ya adik-adik yang masih belajar medik??Kalau belum dapat jom teruskan ulangkaji ini..

“Semua empat empat biji sekali deme buang” membuatkan mama teringatkan anatomy paratiroid yang dah lama di tinggalkan.Makcik dapat surgeon yang bagusz..yang bersedia beri penerangan terperinci kepadanya tentang apa yang akan dibedah dan apa yang akan dibuat terhadap kelenjar paratiroid yang tersembunyi dalam klenjar tiroid .Walaupun mereka berjiran dan punya nama yang hampir sama tapi fungsi yang berbeza dan tak ada kaitan langsung antara keduanya .

Yang nak tau lebih lanjut fungsi paratiroid sila baca di sini

Cuma mungkin makcik ni tak beri penerangan secukupnya tentang fungsi paratiroid dan akibat yang akan dialami selepas surgeri itu nanti.

paratiroid-gld

4 biji Paratiroid gland yang kecik sebesar butir beras rupanya besar fungsi dan baktinya kepada badan manusia..kalau dah dibuang tugasnya mengawal paras kalsium dalam darah akan terjejas teruk macam merudumnya pasaran saham…habis sistem badan akan jadi kacau kerana dia yang mengawal sistem saraf dan otot badan kita..

Pernah dengar tentang hypoparatiroid dan hypocalcaemia=kurang kalsium? Very rare condition tapi kalau kat casualty patient akan datang menjerit kesakitan dengan tangannya kejang(cramp) keras ‘ menqekau’ camni yang diterminologikan sebagai ‘tetany’…….jangan lupa untuk memeriksa lehernya ..mungkin jawapannya ada di situ?

tetanyy

Mama pun bersimpati dengan nasib makcik ni terpaksa mengalami kekurangan kalsium berterusan akibat semua kelenjar paratiroid nya yang telah di’kerja’kan oleh surgeon tempohari.Walaupun dengan 8biji pil kalsium laktate yang dibekalkan tanpa vitamin D (mungkin doktor ingat cahaya matahari cukup untuk makcik ni ?) … …masih tidak mampu menggantikan atau meletakkan paras kalsium pada tahap yang diperlukan dalam darah..Akibatnya…

Despite taking these pills, 45% of patients say they still get symptoms of low calcium at least once per day. The most common symptoms reported by these patients are: fatigue (77%), hand cramps (68%), mental confusion (43%), and anxiety/fear (36%). One third of patients state that they get these symptoms once or twice per week, while only 5% say they rarely or never get these symptoms.

So lu pikir la sendiri…lihat apa surgeon dah buat pada patientnya pada youtube dibawah?dan pengacaranya can’t stop laughing.