” Mak ni orang tua degil!Tu yang payah tu.Ajak duduk dengan kita tak mau,bila dah sakit gini kan susah!”

Mama ingat ini hanya dialog yang biasa di dengar atau dilihat dalam drama tv aje tapi tidak…memang betul ni..seorang anak ini melafazkannya didepan ibunya..didepan mama juga.Mama pandang anak ibu ini ,kelu sekejap dengan kata-kata..mata ibunya dah mula berkaca-kaca dan ada yang hampir menitis diwajah yang berkerut itu.Mama dapat rasakan yang hati ibu ini memang terluka dengan kata anaknya yang tajam berbisa…sampai hati kamu ya nak…

Mama membelek lengan dan tangan siibu yang penuh dengan lebam -lebam biru kehitaman .

“Makcik baru keluar wad,kena denggi..hari-hari kena ambik darah..dah la hari tu baru kena belah perut..ada batu dalam hempedu..pakcik kamu(gantinama suami dia ler) pun baru meninggal…”

dia mula mengesat airmatanya dengan hujung tudung yang dipakainya.Rupanya banyak yang berlaku ke atas makcik ini dalam tempohmasa yang terdekat ini..banyak yang ditanggungnya..mungkin masih keliru selepas di tinggal suami tiba-tiba ..

“Berapa lama makcik berkongsi kasih dengan suami ” tanya mama simpati.

” Makcik kawin ngan dia masa usia makcik baru 16 tahun, tak pernah berpisah sejak itu” mama mencongak dengan umur makcik sekarang lebey kurang dah 53 tahun mereka hidup bersama..wah bukan suatu waktu yang singkat untuk dia tinggalkan memori itu di rumah tuanya dan pergi menetap dengan anak anak begitu cepat…Walupun betul anaknya risaukan kesihatan ibunya yang tinggal sendirian tapi mungkin pendekatan anak untuk memujuk ibu belum menjadi lagi..

“Biar buruk rumah makcik tapi ia tetap umah makcik.Banyak kenangan makcik ngan pakcik disitu”

itulah pandangan ibu ini yang harus kita hormati tapi jangan disakiti hatinya.

Entah kenapa tiba-tiba terkenang emak di kampung yang baru mama dapat mesej darinya ,

” Burung hantu yang mak bela dah mati, tak sempat hang balik tengok.Ujan lebat semalam mungkin dia sejuk kot “

Anak burung hantu yang terjatuh dari atas pokok Tai depan umah mak masa hujan ribut hari tu mak kutip dan bela dalam sangkar..hari hari mak bagi makan ikan katanya.Dia teruja nak tunjuk kat mama bila mama balik raya haji nanti…mujur ada gambar yang emak MMSkan tempohari.. Tak pa mak, gambarnya masih ada dalam simpanan enfon mama.

“Hang jangan lupa masuk gambarnya dalam internet, boleh yang lain tengok nanti”….bagitau mak diujung talian.Mak memang sayangkan binatang ..

OK mak…ni gambarnya.

imej005