Bila wad bersalin di tutup akibat banjir,ibuhamil diarah bersalin di HUSM , di sini wad bersalin moden,bangunan canggih yang ada lif tetapi masa tu patient yang dari kampung masih tak biasa naik lif..jangan kan nak suruh naik lif ..nak bersalin dispital pun takut walaupun wad bersalin hanya di tingkat dua.. .lagipu banyak budak budak yang masih belajar(medik student ler) yang sambut kelahiran..lagi takut orang kampung bila itu dicanangkan pada mereka begitu..biar bersalin di rumah aje tak yah pergi spital..akibatnya angka kelahiran tak selamat meningkat dan membimbangkan ..

Jadi bila wad bersalin di Hospital awam dibuka semula ,patient mencurah tiba di wad bersalin(produktif gitu)..mama yang masih baru sebagai MO disitu jadi kalut..dah lah bertugas cam biasa disiang hari..malamnya on-call yang ‘panas’ sepanjang malam ada aje kes emergency dan bila dinihari kes urgent dan cemas akan mencurah tiba dirujuk dari hospital daerah yang berjauhan..lekat uri,tumpah darah,.baby yang hulur tangan dulu sebelum masa bersalin bla..bla…Ibu ibu yang dirujuk pun macam kalau ditorehpun tak berdarah.pucat lesi..anaemia plus bleeding plus hypotension plus retain placenta.Pastu kalau nak buat MRP(remove plasenta secara manual dari rahim) hingga dua tiga kes badan pun tak daya nak selongkar plasenta diawal pagi gitu..last last mama yang berendam airmata.Bila jarum jam belum berdentang masuk waktu kerja hari berikutnya…bos India yang garang tu dah tercegat kat situ nak buat wad round!

“2 minit aje untuk clerk dan peksa patient” gertak doktor pakar yang bermuka serius.Mak oii!dalam hati memang gundah gulana,makan takyah ingat hinggakan kadang bila menjamah nasik yang disediakan pihak hospital dah basi rupanya ..dah dinihari.Anak di rumah 2 hari sekali baru sempat tengok ..tu pun balik mandi dan tukar baju aje..anak kalau sakitpun emak yang akan bawa pegi jumpa doktor kat klinik dekat umah,,mamanya?…jalanpun macam nak gelong.Kalau abah balik boleh ler bawa along jumpa mama masa rehat kejap di wad..dasyat kan?

Tapi tekanan kerja dan segala desakan semasa bekerja ditelan sebagai pengalaman berharga yang tidak pernah jumpa dalam mana mana medical textbook sebelum ini..semua itu dianggap sebagai peluang bukan beban..hingga pada suatu hari bila mama dah mula bahgia buat wad round dengan bos… tiba tiba dapat surat arahan terkini..sila lapor diri di Pejabat Kesihatan ……Bos naik angin bila MO nya yang dah boleh diharap ni (eheheh naik lif tekan butang ya) nak di bawa pergi… bergegas menalipon Pengarah pot pet ..pot pet tak tau apa cakapnya..tapi nampaknya dia kalah untuk mempertahankan mama di situ selamanya , cuma rayunya sebelum pergi ” Please come back, we need you here” .Tapi tenkiu boss saya dah banyak belajar darimu..tangkas dan pantas untuk clerk dan check patient telah mama dapat rahsianya…

oWH! pada tarikh yang sama abah bagitau dia baru dapat tranfer ke KB , berita gembira mulanya untuk duduk bersama sebagai suami-isteri  tapi mama dapat arahan ditugaskan ke tempat lain pula .

Sebab tu gamaknya setiap surat jabatan kerajaan akan tertulis “Saya Yang Menurut Perintah”….Mama dan abah sentiasa akur tanpa membantah..