“boleh ke saya ambik off hari ini, semalam saya on-call”

mohon mama keletihan selepas semalaman tak dapat tido bila bertugas di A&E yang kalut itu.Balik aje dari cuti bersalin hari tu macam kena qadha aje on-call ni .Walaupun banjir tenggelam pekan Kota Bharu semalamnya… air dah mencecah lantai A&E tapi tugas kena jalankan jugak..hampir lewat tengahmalam baru ada lori tentera yang hantar mama balik ke rumah.Pagi-pagi  esoknya dah dengar hon  lori itu lagi menunggu mama…laju mama berlari memanjat tangga depan lori yang agak gayat tinggi itu… dah jadi tranport rasmi pulak sejak banjir ini.

” You minta pada Matron you ler…”jawab Pengarah hospital yang duduk disebelah mama di tempat duduk depan trak tentera yang besar gedabak tu..Aikk?pengarah ni tak kenal aku ke?.”bisik mama dalam hati.Mungkin dia ingat mama ni staff nurse kot..ye lah bila banjir staff  diberi kelonggaran pakai baju biasa ke tempat kerja..Tu ler Pengarah ni asyik terperok dalam bilik aircond dia di bangunan pentadbiran diseberang jalan tu hinggakan staff dia yang low profile ni dia tak kenal. Sekali sekala tu turun ler tengok apa yang jadi pada anak buah di sini kan…ehhee….tapi tak salah dia juga mungkin semasa mama jumpa dia  lapor diri 3bulan yang lalu badan mama tak selim melim gini.ehehe..Ni baru lepas pantang…dulu gravid uterus.

“saya your doktor kat Casualty bukan staff nurse ” jelas mama agak geram…mengantuk semalam belum habis.Semalaman tak lelap tidur anak sulong mama meragam asyik merengek menangis..peluk nangis, masuk buai nangis..serba tak kena ..pengalaman menjaga anak pertama agak mencabar ..abahnya bertugas nun jauh dihujung semenanjung dekat dengan sempadan negara lain..mujur ada mak mertua yang menunggu tapi kesian gak dia yang letih menjaga seharian semasa mama bekerja.Ingat tu malam malam takyah ganggu dia lagi…dah dekat nak siang baru dia terlelap mungkin dah penat nangis kot..sejak lahir dia memang gitu.. mungkin kena sindrom 3-month colic kot?

Itu baru permulaan hidup sabagai seorang MO,yang baru bergelar  ibu dan isteri..Tapi bila wad bersalin di situ nak di buka semula selepas banjir mama dapat arahan baru dari Pengarah.

” Sila lapor diri kepada ketua unit O&G pada…………….”iaitu esok harinya.Masa buat housemanship dulu tak sempat buat posting ke unit itu lagi..Camna ni?…