kuhh!kuh! batuk ni dah dekat 3 bulan,macam macam ubat dah dah dapat..dan macam macam ubat batuk dah di coba di kedai tapi tak baik baik juga.dari cap “ibu dan anak” hingga cap “kelapa laut afrika” semua dah di minum tapi batuk ni tak mau hilang jugak

keluh makcik yang macam tak cukup tidur ni atau terlebih tidur je rupanya..

okeh nak ambik  histori betul betul ni..macam macam kemungkinan kan?kalau batuk lebih dari 2minggu pun dah bimbang inikan pulak 3 bulan!batuk tanpa kahak..tanpa darah..jom tanya lagi sebelum makcik ni boring jawab..dalam ati tu dok fikir kalau tak batuk kering @TB mesti kanser paru -paru makcik ni..baru glamer diagnosis kan?tapi makcik ni badannya gempal tak kurus kering macam pesakit tu..

Demam?takder

berpeluh malam? kalau panas tu peluh ler..Kalau idak idak ler.Loghat peghaknya masihnya pekat.

Dah peksa paru-parunya ..oke jer.

Ada makan apa-apa ubat sekarang ni? Ada ..ubat darah tinggi ja..ambik kat spital pakar tiap tiap bulan.

Haaa..dah ada  hint tu.. ada doktor tukar ubat sejak 3 bulan yang lalu?Ada..tapi takbawa pulak ubatnya.Doktor spital kata ni ubat darah tinggi yang ni mahal reganya.

mama cuba memberi gambaran.”Ada tak makan ubat darah tinggi warna putih kecik-kecik macam biji beras tu?bersampul cantik dalam kertas aluminium berbelang merah.?..”

Berkerut dahi makcik cuba dok bayangkannya..

Haaa..sambil ngangguk.”Tapi makcik makan ada dua jenis ,satu tu dalam botol kecik,warna samar samar(CTZ ler tu)..satu lagi yang  baru tukar macam yang doktor kata tu ler.”.Dah hampir tepat tekaan mama tu..kringgg! tolong bawakan ubat C***** bawa sini sat pinta mama pada pembantu.

Cam gini ke? tunjuk mama.

“Haaa..betul ler” jwab makcik.

iNI LER PENYEBAB BATUK MAKCIK..ACE inhibitor yang memberikan batuk yang luarbiasa yang rawatan nya biasa jer.Stop da ubat tukar pada yang lain.Full stop.