makcik rasa demam ni selepas pergi ziarah jiran sebelah yang nak turun pergi Mekah hari tu..dia tu baru kebah demam sendi macam gini juga (=Chikungunya) .Makcik syak berjangkit dari dia , dia ada peluk makcik hari tu (ni jiran pempuan ler…) …balik tu terus taksedap badan..gamaknya makcik tersedut nafas dia kot?”

Makcik A, mangsa demam Chikungunya ni membuat andaian..

Mama heran ler kes demam gini makin bertambah..dari sebuah kampung merebak ke taman perumahan menjalar ke pendalaman hinggakan kawasan penduduk orang asli pun telah menular..Kg Chang, Senta, Jernang, dan dah hampir ke banjaran Titiwangsa melangkawi batas sempadan negeri ini dah.Apakah benar hanya nyamuk Aedes sahaja yang membawanya begitu jauh ke pendalaman sana.Apa nyamuk ni dah buang tebiat ke dari nyamuk pekan menjadi nyamuk kampung? Mama mula syak mungkin ada pembawa lain yang terlibat sama bersekongkol membawa virus Chikungunya ini.monyet ke,kelawar ke ,burung ke?

Hati ni dah mula jadi gundah gulana..melihat patient capek dan tak berdaya melawan virus durjana ni.

kartun1


KKM masih belum berbuat sesuatu yang menjanjikan kawalan berterusan..takkan lah hanya tunggu mengumpul data sahaja,semburan kabus pun membuat nyamuk dah jadi kebalnya.Mungkin jentik jentik yang dah jadi yatimpiatu setelah itu akan jengoi=muncul dari permukaan air tempat persembunyiannya dan akan menyerang semula..membalas dendam dengan suntikkan berbisanya.

Bila mama suruh sorang medical student yang kebetulan buat attachment kat klinik mama cari maklumat pasal demam Chikungunya..diapun jadi heran begitu banyak kes demam ini yang tidak pernah diketahuinya sebelum ini ujud..Yang pelik katanya dalam demographic data tak pernah pulak sebut ada demam ini di Malaysia?ehehe..macamana tu?