“Tok tu masuk jari kat sini”cerita anak pempuan berusia 6tahun yang baru mengenal sekolah sambil jarinya cuba mendemonstrasikan kepada patung yang mama berikan,Naif sekali.”Dah banyak kali tok tu buat” Anak pempuan yang mungkin belum kenal apa itu perkataan “cabul” petah bercerita.Dia selalu dimarahi emaknya kerana enggan kesekolah kalau dihantar oleh lelaki yang bercucu sebelah rumah,kawan baik TokWannya.Ibunya masih tidak mengesyaki apa apa bila anaknya sering mengadu sakit bila kencing.

Bila dua orang kakaknya yang belajar di U balik bercuti raya baru baru ini dia bercerita berkali kali perlakuan cabul itu.Takkan budak sekecil ini sengaja mereka reka cerita 18X begini?

Bila mereka adik beradik sepakat untuk beritahu ibu perkara tersebut, terkejut nya bila ibunya respon begini “Tak usah besar besarkan cerita takut ada yang mengamuk sakan nanti” keputusan pilihan lazim yang dibuat untuk melindungi malu dengan masyarakat..dengan membiarkan pencabul bebas lepas melakukannya.Takut ahli keluarga yang macho bertindak ganaz.Apakah wajarkah begitu?

Memang tak dapat dinafikan agak sukar untuk mencari bukti jika perkara itu sudah lama berlaku tambahan lagi bila ada peguam yang pandai mencari silap dan membuang kes atas alasan teknikal.

Biarpun pesalahnya boleh mendabik dada, bangga jika terlepas bebas tetapi apa yang mama risaukan lebih dari itu.Kesannya ke atas anak ini dikemudian hari…anak yang belum mengerti apa itu perbuatan moral atau tidak bermoral ,apa itu gejala so ‘sial’ yang dilarang agama sehingga menganggapnya sesuatu yang biasa dan boleh dilakukan dengan sesiapa saja..malah yang paling kita risaukan ketagihannya kepada aktiviti tersebut dikemudian hari kerana perilaku seksual yang sebegitu mungkin akan menimbulkan keseronokan hingga menjadi ketagih serta sanggup berbuat apa saja apa saja yang boleh melepaskan gelora nafsunya.

Pakcik yang bergelar Tokwan harus dibawa kemuka pengadilan,..tapi sanggupkah keluarga mangsa berdepan dengan kesimpulan masyarakat di kemudian hari?