Jenuh pakcik tunggu selama ini nak pergi haji,akhirnya nama Pakcik masuk juga dalam senarai haji tahun ni..tapi bila  peksa ngan doktor , dia kata Pakcik tak boleh pergi pulak…oooo mana boleh macam tu.Dia ingat kalau pakcik tak pergi boleh sembuh sakit pakcik ni?.Biar pakcik mati disana pun tak apa..lagi dekat dengan nabi kita

Begitulah cerita Pakcik peneroka yang ‘sakit hati’ sangat bila dia taklulus untuk pemeriksaan kesihatan haji untuk tahun ni.Pakcik yang memang sekian lama sakit darah tinggi disahkan mempunyai bengkak jantung kiri( Left ventricular hypertrophy) ….fenomena ‘biasa’ pesakit darah tinggi yang kemudiannya bertekad berjumpa doktor lain (doktor itu bukan mama tau) yang akhirnya meluluskan pemergiannya .Pakcik nampak ceria ,tidak penat dan masih gagah nampaknya berbanding diagnosis yang diberikan.

Cuma problem lain pulak menduga…. isterinya yang akan pergi bersama diserang demam Chikungunya..jadi dari jauh dia datang untuk berubat.

‘Insyaalah boleh sembuh dan makcik boleh pergi nanti.Kita sama-sama berdoa.Jangan risau kalau betul nama pakcik dan makcik sudah ada dalam senarai tetamu Allah tahun ini..insyaalllah Allah akan izinkan pakcik makcik berada di sana walau bagaimana cara sekalipun “kata mama memberi semangat pada makcik yang sudah nampak kecewa…masa berangkat dah semakin hampir.

Begitulah sakit fizikal kadangkali dapat diatasi dengan semangat spiritual pesakit untuk melakukan sesuatu yang sangat diingini meraka.

Cuma kadang -kadang doktor sebagai perawat muda ada yang agak taksub dengan prognosis yang dibaca dari teksbook semasa di medical school dulu…hingga kita lupa yang dateline mati bukan urusan kita.Kalau seperti patient ini yang lebih bahagia mati setelah dapat apa yang dihasratkan macamana?”mati dalam senyuman” ..seperti dialog filem P.Ramlee semasa jadi ketua penyamun tu… siapa yang boleh menghalang mereka kan?

Bab kesusahan dan kepayahan semasa menjalani ibadat itu dianggap sebagai ujian oleh mereka ..bukan kah begitu cakap ustaz semasa mama dengar ceramah kursus haji dulu? Jadi itulah berbezanya mereka bila berdepan dengan kepayahan semasa disana..begitu redha dan tekunnya mereka beribadat.Begitulah yang mama lihat semasa berada di sana dulu.Cuma kadang-kadang kepayahan itu di salahgunakan oleh pengendali haji yang seolah sengaja mengambil kesempatan ke atas jemaah atas sebab “redha ujian”.

Pernah rombongan haji mama ditempatkan seperti sardin disebuah bilik sempit hinggakan nak berlunjur kakipun payah semasa menunggu waktu wukuf di Mina..

“Sabar ya ini ujian Allah” kata mutawif yang mengiringi pasukan kami, jemaahnya.Dia dan kengkawannya bertiga bahagia bergolek santai di bilik yang luas dan lapang.

“Maaf puan, ini bukan ujian… ini mengambil kesempatan keatas jemaah namanya.Apa puan tidak kasihankan kami musafir yang diseksa begini? ” tegur mama yang kemudiannya jemaah jemaah lain boleh menarik nafas lega setelah mendapat bilik tambahan lain yang lebih luas dan selesa.

Dah tu sebelum pergi mereka ini dah berjanji manis kalau kita pergi dengan mereka swasta..tup tup bila tiba di sana segalanya dikatakan ujian…

Terkejut mama bila abah bagitau Pakcik yang tercungap penat akibat heart failure di’kurung’ di bilik keseorangan sementara menunggu kami selesai melontar di Mina.Ustaz yang mengiringi kami yang juga kebetulan anak saudara pakcik ini hanya berkata ” Nak buat macamana mungkin itu ujiannya kot,terima ajelah.Dia kena tunggu hingga kita selesai melontar di Mina baru boleh uruskannya.”

“Huish! ustaz jangan gitu..kita hantar dia ke hospital boleh diberi rawatan.Kalau dibiarkan sendirian dalam bilik tu takada perasaan belas-ehsan namanya tu” tempelak mama.Petang itu juga pakcik dimasukkan ke hospital dan kemudiannya mama nampak dia dah boleh tawaf wida’ bersama kami walaupun berkerusi roda sebelum berangkat pulang.

Jadi selamat berangkat dan semoga mendapat haji yang diterimaNya.

Ohhhh!mama dah rindu untuk ke sana semula.Labbai kallah!…