ruam di lengan

ruam di lengan

“Kalau sah kata doktor penyakit Chiku tu saya kena balik pergi pasar cari buah ciku” kata patient selamba dan bersungguh.Wabak chikungunya masih banyak,setiap hari lebih dari 10 kes yang datang,kadang-kadang serumah, ada yang sekampung.Pendidikan kesihatan tentang penyakit ini tak sampai pada dia lagi mungkin?

Mama senyum dan tanya “kenapa pula nak beli buah ciku?”

“Deme kata kena makan buah ciku banyak-banyak untuk lawan penyakit ni sebab ini penyakit chiku- punya”Hahahah..ooooo itu antidotnya…mama tak dapat nak kawal geli hati tapi hanya ketawa di mata.Mana nak cari buah ciku yang dah payah nak dapat sekarang ni?Pokok ciku mama kat belakang umah tu pun asyik berbuah kematu saja.

Kesian mereka salah maklumat ni…Chikungunya tak sama dengan ciku-punya, juga tak serupa dengan cikgu-punya seperti yang diseloro oleh pakcik pakcik yang agak nakal mindanya.

Yang kena sejak 3 bulan yang lalu selepas raya datang kembali sakit sendinya…Mungkin sebab makan pulut @lemang atau kuah kacang nasi impit ke yang jadi gitu?.Patient buat hypothesisi sendiri.

“Biar ler makcik dapat sakit lain tapi jangan lagi dapat sakit ni.Sakit di segenap (ertinya disetiap) sendi .Payah nak bergerak.Nak alihkan badan bila tidur malam pun payah” kata sorang makcik yang takdapat nak buat ketupat raya tahun ni,terkilan bila cucu balik nak makan ketupat raya opah tak kesampaian.Sakit dipergelangan tangannya nak pulas daun palas pun payah.Begitulah deritanya mereka.

“Haaa!ubat apa yang doktor bagi kat emak saya hinggakan dia dapat allergik merah seluruh badan macam ni?” dakwa pemuda India berseluar Khaki suatu petang.Emaknya datang 4 hari yang lepas dengan demam dan sakit sendi tiba-tiba.Chikungunya ni…dah mama bagitau kat patient hari tu melalui jurubahasanya..ehehe mama tak pandai bahasa Tamil..kalau setakat valli=sakit,muchu=penat ,tu tau ler sikit sikit.Dah bagitau pun ..mungkin akan keluar ruam merah kat badan dalam tempoh 4-5hari selepas demam…betul kan?.Ni ruam demam Chiku bukannya allergik..kalau allergik ubat takyah tunggu 4hari nak!Anaknya yang nampak agak educated mohon maaf dengan tuduhannya selepas mama jelaskan padanya.Bapanya hanya diam mengangguk kerana dia pun mangsa tikaman Aedes durjana itu juga dah melaluinya, demam,sakit sendi dan ruam.

Lagi haru bila pemuda Melayu,29 tahun ni pesakit psoriasis yang penuh kuping merah seluruh badan,berjalan terkepit kepit menahan lututnya yang sakit dan muka panas menyala di papah emak dan bapanya yang baru lega demam Chikungunya 2minggu lalu mengadu;

“Demam,sakit sendi baru pagi tadi”sambil menunjukkan setiap sendinya yang lenguh dan panas bengkak serta sakit tu.Psoriatic arthritis tak sesakit gini.

..macamana ler kalau ruam itu pulak timbul dibadannya yang sudah berkuping merah itu selepas ini?Tentu derita dia ni.Mudah-mudahan virus Chikungunya tak mengganas dan bertimbangrasa dengan pesakit psoriasis ini.Amin.

Dan tersentak juga bila ada patient bagitau”Orang bagitau ( siapa?ex-Chiku patient ke?) kalau demam gini kena datang klinik ini” ….Hish! kamu?sambil point pada diri sendiri…jangan tumbuh tanduk atas kepala.Ingat pada Tuhan yang menyembuhkan.