“Kamu tahu kenapa kamu di panggil ke sini?” tanya tuan hakim.

” Ya, Yang Arif,untuk menjadi saksi ke atas kes sepolan bt sipolan(bukan nama sebenar)” jawab mama.

Wah! kebelakangan ini banyak kes kes melibatkan sexual abuse, molested child , rape dan sodomy yang datang.Mungkin selepas kes liwat Anwar diperkatakan secara terbuka ramai yang berani tampil untuk membawa kes kes sebegini ke mahkamah.

Kes kes pelik tapi benar menjadi kes so’sial’ untuk diselesaikan; Isteri di’rogol’ during menses dan diliwat suami,tokwan mencabul cucu jirannya, anak menakan yang baru 15tahun merogol maksunya yang OKU,sepupu yang masih bersekolah bersekedudukkan macam suami isteri walaupun baru berumur 14tahun!remaja lelaki 16tahun mengaku dirogol gadis bohsia( rogol ke?kononnya hadiah menang rempit),penderaan fizikal terhadap isteri hingga ada  isteri mendakwa ditolak suami jatuh dari kereta yang bergerak laju dan senarainya so’sial’ ini semakin panjang dari hari kesehari……..

Malangnya pihak yang menjadi mangsa mengalami kesukaran untuk mendapatkan bukti sahih yang mengenai tuduhan mereka kerana lewat datang untuk pemeriksaan atau ..sukar dibuktikan secara saintifik seperti sukarnya kes Norita yang mati taktahu siapa yang empunya airmaninya.

Implikasinya..Ada yang keluarga enggan mengambil tindakkan,mendiamkan diri dari mendapat publisiti murahan.

“Takyah report lah! doktor peksa aje  betul ke tidak dia kena rogol@rape@sodomized@molested@didera?”

Wah !begitu mudah penyelesaiaanya.Mama pulak yang pening mencongakkan kebarangkalian yang menjadi kesimpulan nanti.Apakah ianya mungkin berlaku?,benar terbukti berlaku? atau tidak dapat dibuktikan berlaku?