Sabtu lalu buat rumah separuh terbuka..meraikan kengkawan Angah, Ajim,Arif dan jiran yang janji nak datang beraya di rumah.Semua masak sendiri ..Menunya simple saja meesup utagha, pulut kuning@pulut kunyit rendang kicap dan rendang ayam…Air bandung soda n jus mangga..cuci mulut nata de coco.Plus cookies yang abah tolong completekan malam tu..mama dah tertidur keletihan dengan telekung selepas isyak yang lewat jam 12 malam!

Oleh kerana pagi Sabtu mama masih bekerja jadi perlu masak awal-awal ..pepagi lagi abah ke pasar beli 8ekor ayam untuk rendang dan pulut kunyit yang mama siap masak sebelum keluar bekerja.Malangnya kuah meesup seperiuk besar yang telah siap dimasak sebelum itu.. rosak oleh sebab masaalah teknikal terpaksa dicurah ketanah..masak semula pagi tu…Cobaan.

Kengkawan Ajim datang seawal jam 8.30 pagi..Awainyer!…takut bertembung dengan senior mereka kengkawan Angah hehehe ciannyer.

Kawan Arif tiba selepas Asar.Wah!umah tiba-tiba jadi meriah.Ini gambar-gambar yang sempat dirakamkan..masa tengah ramai semua bizi melayan tetamu.

sahabat Ajim yang paling awal tiba

sahabat Ajim yang paling awal tiba

Arif tolong potong daun sup

Arif tolong potong daun sup

meehun(mee + bihun) sup

meehun(mee + bihun) sup

bahan yang perlu ditabur diatas meesup

bahan yang perlu ditabur diatas meesup

 

malu malu eh?

malu malu eh?

kawan-kawan Arif

kawan-kawan Arif

kengkawan Angah

kengkawan Angah

hoorey!bestnya Raya untuk anak anak ini

hoorey!bestnya Raya untuk anak anak ini

Angah melayan rakan
kengkawan sekelas Angah

kengkawan sekelas Angah

jiran yang dikasihi

jiran yang dikasihi

jemaah surau

jemaah surau

tetamu selepas Maghrib

tetamu selepas Maghrib

tetamu selepas Isyak

tetamu selepas Isyak

bermaafan amalan mulia

bermaafan amalan mulia

 

staff mama makan di dapur ja?

staff mama makan di dapur ja?

tetamu paling muda

tetamu paling muda