Penghargaan atau penghinaan?Itu bukan persoalan besar pada mama kerana darjah kebesaran kurniaan manusia itu sedikitpun memberikan apa apa impak dalam hidup mama….Senarai panjang darjah kebesaran itu tiba tiba menjadi glamer hanya kerana the datukship itu diberikan kepada seseorang yang dahpun glamer..jadi mungkin yang memberi hanya berniat nak tumpang glamer.Kesian pada Ali Rustam terpaksa memberi penjelasan hingga mengambil ruang berita dalam media ..membazirkan masa rakyat untuk membaca/mendengar/melihat berita yang tidak mempunyai nilai berita itu…hingga berita banjir kilat yang sering melanda jalanraya akibat sistem saliran yang buruk selepas pembinaan kawasan perumahan berhampiran jalan masUk ke kawasan kampung mama menjadi tidak penting untuk disiarkan..

Hahaha..jangan panik kalau selepas ini ramai mereka meraka yang ber’jasa’ kepada Melaka akan diberi anugerah serupa..mungkin anak cucu Alfonso de Albuquerque pulak yang akan dicari selepas ini untuk diberi gelaran ‘Datuk’.