Dah seminggu cuti pre,intra dan postraya..tiba masanya kembali bekerja.

Pembantu belum pulang..di rumah perlu menjadi suri, di klinik menjadi perawat walaupun berbeza jawatan tapi dijalankan serentak setelah pulang dari cuti raya..

Pesakit menunggu panjang..kuih raya yang disediakan masih tidak dapat mengurangkan resah lama menunggu giliran,dengkut pemangsa Chikungunya masih berlarutan..yang dah hampir sebulan mengidap masih berdenyut sendi malah semakin kuat selepas makan pulut lemang dan rendang..Bila Dr A, pengawal penyakit berjangkit negeri ini,yang baru pulang dari Ireland sms tanya”kabarnya Chikungunya masih mengamuk di daerah u belum berkurang?”

Laju mama balas,”masih belum berkurang malah sebaliknya…Puan AEDES dah membawanya hingga ke kawasan Orang Asli?Apa dia dah buang tebiat ke hingga ke pendalaman pun diserangnya juga?.terbayang sorang demi seorang mereka datang memohon bantuan meredakan sakit sendi,demam dan ruam gatal..

“Masa sekarang semua boleh jadi”balasnya semula.Ya memang betul kalau manusia pun boleh begitu inikan pula serangga penghisap darah ini.siapa kata puan Aedes hanya perlu duduk di bandar saja?mereka boleh ikut naik kereta Orang asli ke kampung, bawa denggi or Chikungunya bersama-sama.

“Pelik ler denggi sekarang..demam kuat tiba tiba..bila kami flush fluid tiba tiba patient sesak nafas..dapat acute pulmonary edema dan mati macam katak kembung” hingga raya dah 6 orang menjadi korban denggi berdarah di hospital itu..keluh Junior MO di situ.Oit! tinggi mortalitinya tu? KKM ! Please do something.