Tawun ini giliran beraya kat umah abah plak di T.I.Since umah abah di pekan bukan balik kampung ler raya ni.Yang bestnya dapat berkumpul reramai Along , Angah, Ajim dan Arif serta sepupu sepupu mereka,Azrin,Azrul dan Dikna dapat buat biskut raya bersama sama..

sibuk ye buat "mama roche"

sibuk ye buat "mama roche"

mama bangga dengan mereka ehehe ada anak lelaki yang boleh membantu di dapur..abah pun begitu ,ringan tulang menolong di dapur..Takkan hilang kejantanan kan kalau membantu di dapur?

ALONG, ANGAH DAN ARIF

ALONG, ANGAH DAN ARIF

 hero hero mama

hero hero mama

beraya dan klik!klik! di rumah Makcik Mas,kawan mak

beraya dan klik!klik! di rumah Makcik Mas,kawan mak

Rendang kicap Parit terlior tak?cilok FP abah

Rendang kicap Parit, terlior tak?gambar cilok dari FP abah

foto raya 2008

foto raya 2008

Takada ketupat pulut tapi mak (MIL) masak pulut lemak,nasi impit(tak himpit pun guna ketupat NONA aje),lemang lawannya dengan rendang kicap Parit(lihat gambar yang mama cilok dari FP abah) dan rendang ayam emak yang best!Raya pertama selesai sembahyang raya kami terus meround ke rumah kengkawan emak dan saudara mara.Hingga malam baru balik..Raya kedua baru tetamu datang…masih di rumah mak, mama masak mee bandung utagha untuk tetamu yang datang hingga ke senja..licin seperiuk besar.Raya ke tiga pulang ke utara umah mama…baru dapat nyanyi lagu yey!yey!balik kampung dalam hati ler.

Setelah seminggu bercuti sakann kini kembali bertugasTapi masih dalam mood raya di rumah pulak.

Pembantu rumah masih bercuti..saudara mara mula bertandang, kengkawan Angah, Azim dan Arif dah buat appointment nak datang Sabtu ini.Mama berkira kira apa menu nak di sediakan untuk tetamu istimewa ini..mee bandung?semalam dah buat menjamu Maksu sekeluarga.Soto?takpernah buat sendiri lagi tapi sedap gak kalau dicuba ngan pengedilnya versi mama yang simple, Angah pun boleh tolong.

Angah lagi excited nak menjamu kengkawannya dengan biskut raya yang dibuatnya bersama Along tempohari…tapiii dah tinggal sikit kena topup lagi ler nampaknya..