Assalamualaikum semua,

saja ku tunggu hingga penghujung Ramdahan, untuk mengucapkan selamat Menyambut Aidulfitri ,selamat bermaafan -maafan menyuci dosa dan menjalinkan siratulrahim tanpa berperangsangka…mengharap keampunan dan keberkatan Nya.Mengharapkan amalan Ramadhan ini diterimaNya dan diIzinkan bertemu Ramdhan akan datang..

Bila balik ke kampung berkumpul ramai ramai tu jangan lupa membantu ibu di dapur yang bertungkus lumus menyediakan juadah raya.Kesian ibu kan?.mungkin masa mengadap komputer,internet, bersms dan bercakap di telefon di kurangkan .Gunakan masa bersama keluarga sepenuhnya..

“Dah lenguh pinggang, sakit kaki saya ni.Tolong bekalkan ubat secukupnya untuk saya sehingga habih cuti raya ni.”pinta seorang makcik lewat 50an hari ini.

“Mungkin makcik banyak berdiri kot,tentu banyak kerja kat umah  nak buat persiapan raya ni kan?”teka mama.

“Aaa aaa…memang banyak kerja nak dibuat..jenuh nak siapkan makan di dapur untuk ipar-duai,anak-menantu dan cucu cucu yang dah mula berkumpul.Macam masak untuk kenduri pulak.Angkat periuk besar besar  pulak tu…Saya yang menjaga emak yang tua ,jadi bila raya mereka semua akan berkumpul di sini ler”…betul juga raya memang kita akan mencari yang tua..Dah tu camna kita boleh membantu?

“Deme yang balik tu..seronok berjumpa ramai ramai tu macam macm ler nak di sembangkan.Lupa nak tolong kat dapur.Yang nak siapkan makan kamiiiiii…. anak beranak berempat aje”katanya sambil bagitau nasib baik dia ada anak remaja pempuan yang membantunya di dapur .

Jenuh jugak kalau semua enggan membantu begitu ..mmungkin ada yang biasa ngan pembantu rumah berat sikit tangan tu…yang muda macam iklan Petronas tu ler..asyik nak berinternet aje memanjang,kalau tidak sibuk ngan henfon…sms tak habis habis (ehehehe….termasuk diri ini yang nak mengekalkan raja sms untuk tahun ini..) insaf …insaf lerrrr

Ok ehehe sori terbeleter plak sikit..peringatan sebelum baik raya ..jangan marah kalau terasa kerana memang ada yang begitu..