“Eh!kenapa pulak ni?” heran  makcik separuh umur yang sedang mencuci surau di Hentian Rehat dan Rawat suatu malam sambil menolak pemberian mama.Mama terus meletakkannya kemas dalam genggaman tangannya yang basah itu.

“Ambiklah, saya ikhlas ni..saya terharu tengok makcik begitu bersungguh menjaga tempat ini untuk dapat kita beribadat dengan bersih” kata mama.Jam dah hampir larut malam bila mama berhenti dengan abah untuk solat jamak disitu.Hanya mama sorang dan dia di surau pempuan itu, makcik ini dalam sejuk tengahmalam  bersungguh dia menggosok dinding tempat kita mengambil wudhu supaya bersih..Ini dikatakan kerja sebagai ibadat tak perlu di tunggu,tak perlu dimandorkan..tapi melakukannya kerana tugas.Kehadiran mereka mereka ini yang tak dipandang tapi ketiadaan mereka meresahkan kita..

Pernah kita terfikir betapa berertinya tugas tukang tukang cuci ini samada di tandas hentian rehat lebuhraya atau di pasaraya seperti JJ dapat maintain bersih dan dapat digunakan selesa oleh kita dengan ‘percuma’?…mama takleh fikir camna sampah yang kita buang kalau terbiar tak dihilangkan baunya oleh petugas petugas ini buat seketika.Pernah mama melihat apartment yang takada maintanen,yang takada makcik tukang cuci ini ,yang dibiarkan sampahnya  berselerak ,busuk dan penuh dengan lipas dan tikus.Baru sedar betapa penting tugas mereka ini kan…

” Kak,terima kasih kerana menjaga surau ini dengan baik ” bagitau mama pada kakak tukang cuci  yang sedang melipat sejadah dan telekung yang dibiarkan berselerak selepas diguna  pengunjung di sebuah shopping komplek  sebelum keluar…kakak tu senyum heran?..

Jadi kalau jumpa makcik tukang cuci di mana mana tu..sedekahlah senyum kat depa tanda penghargaan kita.Kalau nak topup pendapatan mereka pun baguz juga walaupun mereka tak minta….

“Jangan lupa bertegur sapa dengan pakcik/makcik tukang kebun disekolah kamu,hargai tugas mereka”pesan mama pada anak-anak.Secara taklangsung anak anak jadi rapat dengan mereka.

Tapi mama berat hati untuk memberi pada yang meminta begini:-

“Puan.ini persatuan kami nak buat dinner,boleh puan bagi sedikit sumbangan?” panas hati tau…buat dinner kat hotel atas alasan kebajikan pastu belanja bukannya sedikit..kalau diberi pada rumah kebajikan boleh dibelanja setahun,yang  hangpa makan semalam saja…atau

persatua persatuan yang hanya menjual iklan untuk memenuhi buletin mereka pastu taktau duit tu kemana diguna….atau yang meminta begini;

“kami perlu RM…… nak beli kain pelikat dan nak beri pada yang bertadarus, pada tok bilal,pada imam bla bla”…masa terawikh ni…apakah perlu di”bayar” untuk mereka yang melakukan ibadat ibadat begini?” Paksarela ni ..Kalau beri pun rasa memang tak ikhlas tau…