hmmmm….Ramadhan dah hampir ke penghujung..Syawal bakal menjelma.Yang dewasa menyeluk poket membilang ringgit yang akan susut jumlah nanti bila hari raya,kanak kanak menyediakan dompet untuk menyimpan ringgit itu harapan meraka…tapi ada yang menanti untuk membuat keputusan…

“Tunggu hingga selesai raya pastu saya akan mohon cerai..saya rela hidup sendiri” bagitau seorang isteri dalam linangan airmata.Mungkin keputusan ini paksarela dan dia bukan bergembira dengan keputusan itu.Kalau tidak mana mungkin dia menangis begitu.

“Saya dah taksanggup dimakihamun begitu lagi..bila umur dah meningkat begini saya ingat dia akan berubah tapi kata nista dan kata kata sial yang keluar dari mulutnya menghancurkan hati saya dan anak-anak.” Dah puas gamaknya dia menelan kata-kata kesat dari suami setiap kali  marah marah.Suami apa yang sanggup memakihamun isteri yang kemudian ditidurinya..

“Mungkin itu bahasa biasa yang jadi amalan nya sejak kecil dulu..mungkin dia takbermaksud begitu” pujuk mama.

Siisteri ini berat juga sedihnya tetapi kuat bekerja membantu suami ..pagi pagi mama lihat dia sibuk menjual nasi lemak, tengahhari mengajar di sekolah disamping punya ibu tua yang nyanyuk untuk dijaga di rumah,yang hanya pandai melumur najis di dinding dan kencing bertaburan enggan dipamperskan.Segalanya perlu dia uruskan tanpa pembantu di rumah.Cuma hatinya takada yang hiburkan segalanya dijalankan atas dasar tanggungjawab..sudah hilang senyum diwajahnya dan mungkin dah lupa bagaimana untuk bergelak ketawa sejak itu.

Anak lelakinya yang sulung yang dahpun masuk U pernah merajuk membawa diri kerana terguris hatinya dengan kata kata kesat abahnya..puas dipujuk ibu berjumpa mama untuk dinasihati mujur dia akur untuk  tidak membenci abahnya yang satu.

Apakah mungkin si suami a.k.a abah ini boleh dinasihati untuk berubah?.

“Mana mungkin seorang ketua di tempat kerjanya mau dinasihati,Egonya tinggi” begitulah jadinya kalau seorang bos membawa jawatannya pulang ke rumah.Kata siisteri mematikan cadangan mama agar suami diberi kaunseling sewajarnya untuk menyelamatkan rumahtangga yang telah terbina lebih dari 20tahun lalu.Dia nekat kali ini..