“Mama, kawan angah nak datang umah ,nak berbuka di sini,nak tido sini.15 orang semuanya”bagitau Angah suatu hari.

“Tapi boleh tangguh hari lain tak sebab dah pakat ngan abah nak balik berbuka dengan opah dan tokabah petang ni?”

Jadi semalam selepas selesai tugas di klinik mama bergegas ke pasar ..beli 3 kilo kuewteow kecik(kuewteow halus ni lebey sedap tau,terutamanya buat sup) buat kuewteow goreng, buat fishball sup dan ayam masak lemak kuning(letak susu cair ganti santan nak kurangkan koleksi kolesterolaemia ehehe…) yang Arif suka. Air nata de coco 3 bekas…

Lorr…..Tapi plan dah berubah…depa berbuka di tempat lain,cuma datang sembahyang maghrib je di umah.Masing masing dah kenyang lepas berbuka…dan kowteow goreng mama  tak habis huhuhu…satay yang abah beli jadi saingan.Dan nitendo WII yang jadi rebutan..