yeay!yeay!sorak anak-anak sekolah..sebahagian rakyat Malaysia bercuti lagi hari ini…hari ini 17 Ramadhan hari Nuzul Quran kan?Adakah membawa apa apa erti kepada kita?

Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan membaca al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran.

Jom kita berusaha berpekerti seperti yang disarankan dalam Al-Quran.Amat malang kita melihat saudara saudara Islam di Palestin,Afganistan dsbnya …yang hanya menghabiskan masa dari kanak hingga dewasa berperang dan bergaduh hinggakan tiada masa dan peluang untuk belajar apa yang dikatakan dalam kitab suci ini.Jadi tidak mustahil kalau kita melihat perangai dan tindaak tanduk mereka yang kadang kadang tidak menggambarkan pegangan mereka…

Jom kita cuba menghazamkan kandungan dan pengertian kitab suci ini melalui website ini http://www.quranexplorer.com/

cuba baca ini:

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

“Al-Quran” bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An�am:38)

Petikan tulisan oleh : Dr. Samsu Adabi Mamat,Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Universiti Kebangsaan Malaysia