Membuat kejutan dan dikejutkan memang berbeza kan..Minggu lepas mama dah melaluinya…

Monday,8/9/08 :

Hari ini patutnya harijd Along..tapi saja ja tak nak wish dia awal-awal kononnya nak buat kejutan untuknya seminggu selepas itu(minggu ni ler).Dah pakat ngan kengkawannya sebelum itu…tapi rupa rupanya dia yang buat kejutan..kena masuk wad pulak..pengsan di bilik air! dehidrasi?starvation? ketonuria?albuminuria?..apa dah jadi?….

Bergegas ke sana seharian menemaninya..terima kasih pada yang ramai menziarah memberi sokongan membantu mempercepatkan penyembuhannya..Tahnks to Baem,Mihan dan Nizam yang membantu..sweet Wani and her gang yang bersusah mencipta diet special untuk Along,Susi n Muaz plus the anti-oxidant,PakTeh n MakTehnya,kengkawannya yang sanggup turun dari Royal Perak Medical College, Ipoh serta rakan-rakan sekelas dan seniornya yang meluangkan masa sibuk mereka untuk menziarahinya.Dan tidak lupa jasa Prof.Latif and staff An-Nur Hospital Bangi yang merawatnya…Moga jasa kalian semua diberkatiNya.Alhamdulillah dapat discaj sehari selepas itu.Haaa…itu kejutan Along di harijadinya.

Jumaat, 12 September 2008

Along tak tahu kenapa kengkawan buat derkkk je aje harijadinya kali ini.Mungkin semua sibuk ngan studi dah lupa ..kot.Hari Jumaat bila dia pulang ke rumah hatinya sedikit terusik bila hanya dapat berbuka dengan Angah aje..mama, abah, Azim dan Arif yang bergegas petang itu ke Tesco mencari bahan untuk dimasak esoknya taksempat pulang berbuka.Sebaik tiba di rumah.., mama terus masakkan kuah laksa untuk esoknya(kuah laksa kalau dibiarkan semalaman lebih sedap rasanya tau)..pastu masakkan jeli kelapa untuk pertama kalinya.

jeli kelapa

Dah siap sejukkan dalam petiais.Berbaloi juga hasilnya…Jam 2.00pagi baru dapat tidur.

Ahad 14 September 2008

Kejutan untuk Along pulak…Kengkawannya all da way dari CUCMS,Cyberjaya dan dari University Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak,(RCMP) turun buat kejutan untuk Along.Tadaaaaa!Hepi belated besdei!.Terkejut Along bila pulang dari pekan disergah oleh kengkawan dari sebalik pintu.

22 orang semuanya datang bersama-sama berbuka puasa di rumah .

teman Along

teman Along

poster dari kawan-kawan

poster dari kawan-kawan

posing dulu sebelum pulang

rpmc

waqi buat fish therapy
Waqi buat fish therapy ditemani abah

Menu berbuka malam itu ;Ikan kakap masak tiga rasa,Ayam masak Bombay(resepi turun temurun keluarga di Kedah),sotong celup tepung, sambal tumis udang petai, ikan rebus goreng(feveret kalau di Perak ni),bistik ayam(chickenstik la kot..ni versii mama ),sayur goreng kailan ikan masin, laksa utagha dan jeli kelapa,rojak buah sebagai pencuci mulut.Semua sendiri bikin tau… Alhamdulillah semua nampak berselera makan.

Terasa kasih bagai anak anak sendiri ramahnya mereka ini..Terima kasih semua anak anakku ,Baemz yang hensem,Pizi yang macho,Waqi yang di’kasihi’,sweet Wani,Pink yang ceria,Nik Mariam yang manis senyumnya,Sumayyah yang comel,Ainul yang ramah,Bee yang pemalu,Sara senyum sokmo( thank for da Feraro Roche),Elly cantik gaya tudungnya,Munirah yang berseri-seri,err yang sweet bertahi lalat tu mama lupa lak namanya………sori ya..nanti nak tanya Along sekali lagi ehehe dah tau dah Atirah namanya (  thousand opologi),……………Odzie yang cool,Fatin yang periang,Amir control macho ehehe,Nasuha dan yang lain-lain dari RPMC(thanks for da lovely cake)…semoga dapat datang lagi dilain kali….

Kepada Along, selamat menyambut harijadi yang ke-20..Dah melangkah ke alam dewasa ya… jadi kena pandai membawa diri ,jaga kesihatan serta mesti bertanggungjawab terhadap semua tindakkan.

Mama doakan anak mama berusaha menjadi seorang anak yang baik dan berjaya dalam hidup,menjadi seorang muslim yang hebat kepadaNya,seorang Along yang menyayangi adik adik,seorang cucu yang hormat kepada opah,tok,tokabah dan wan, seorang anak saudara yang baik kepada mak dan bapa saudara,seorang yang ramah dengan sepupu-sepupumu serta menjadi kawan yang sentiasa disenangi sahabat diwaktu susah dan senang dan jangan lupa berusaha sebaik mungkin untuk menjadi seorang doktor yang berjaya dalam tempoh 4tahun akan datang..Insya’allah.Moga doa mama diberkati dibulan mulia ini.