Urmm..nak makan apa ye nak berbuka nanti?hehehe ni soklan lazim setiap hari di bulan posa ni kan?

Saja je tak nak letak entry makan makan di bulan posa ini sebab kesiankan kat anak mama ,Along nanti terliuq dia .Lagipun Angah pun belum baik lagi sakit perutnya…pedas tak boleh ..lemak tak bagus..asyik senak aje lepas makan..kesian tengok dia.Mamanya pun dah naik risau .Nak masak pun kena fikir dulu yang mana dia boleh makan.. yang tak boleh…semangat nak masak dah semakin merudum bila tengok banyak makanan yang ‘ lebih’ dari yang ‘habis’.

Ajim ngan Arif setakat ini okey saja berbuka ngan sahur tak der masaalah..walaupun kadang kadang kena paksa suapkan Arif yang malas nakbuka mata masa bersahur tu.Abah? memang bersemangat masa berbuka tetapi sahurnya tak pernah mau makan.Rajin kejutkan kami aje.ehehe.

Betul betul depan pintu klinik mama ada pasar Ramdhan..bila buka aje pintu menerpa macam macam bau yang merangsang air liur masuk ke dalam..dan bila melihat ramainya orang kita membeli..bukan sikit tau …sib baik ada 10 jari buat sangkutkan beg plastik makan tu…ehehe semangat perut lapar bahaya kan?Dan.. siapa kata ekonomi kita sedang meleset?

Itu makanan fizikal..makanan rohani dibulan mulia ni camna?…Ramai yang berebut berterawikh, ramai pulak yang rajin bertadarus…dan sedikit yang menghayati Ramadhan dengan sebenarnya.Ada yang sudah membilang baju raya..Kad raya pun mama dah dapat pada hari kedua puasa!

Ok nak balik dulu nak.Ari ni nak masak cucuq udang cicah kuah kacang,kowteow goreng,tahu jepun masak sos tiram,ayam masak Bombay and sup sayur plus fruit mocktail..ehhehe..Boleh lerr iklan makan apa hari ni sebab Along nak balik petang ni dengan kawannya…