Takziah pada keluarga Allahyarhan Tan Sri A.Samad Said yang meninggal semalam..

Dan pagi ini seorang ibu muda yang baru 3 bulan melahirkan anak sulongnya datang bagitau mama,”masih ingat anak saya yang datang jumpa doktor hari tu..pastu doktor rujuk terus ke spital sebab pucat dan bengkak hati tempohari,dia dah meninggal seminggu yang lalu di hospital KL”katanya dalam sebak.Innalillah…Walaupun dia cuba mengawal tangisnya tapi airmata yang meleleh turun tak dapat ditahannya.Mama bersimpati dengannya tapi tiba tiba rasa sakit hati bila dia bagitau….

“Maaf doktor,appointment kad doktor dah hilang sebab beg saya kena ragut semasa pulang dari kubur tempohari,semua ic,buku bank dan barang kemas pun ada dalam tu”..Kesiannya kan?Tadi mama bukan sakit hati kat ibu ni tapi pada peragut jahat tu.Memang hampeh peragut tu..tak berhati perut langsung..orang balik dari kubur pun nak di ragutnya.Takboleh cari tempat lain ke? Kamu tu menambah musibah pada ibu ini tau tak?.Kalau berlaku perkara begini pada keluarga kamu macamana?…