jangan jemu ngomel mama kali ini ye..

Hari ini mama masih menerima pesakit yang datang berpimpin dan berdengkot dengkot jalan bila diserang  demam dan sakit sendi tiba tiba…dah boleh teka sakit apa kan?Belumpun sempat mama tulis diagnosisnya… patient dah boleh bagitau sendiri dia demam apa sebab anak dia dah kena, jirannya pun sakit serupa, isterinya baru kebah…bukan sorang bukan dua tapi ramai di kampung mereka yang demam macam tu..

bengkak sendi

bengkak sendi

demam tiba tiba

demam tiba tiba

ruam seluruh badan

ruam seluruh badanruam ditapak tangan

ruam di lengan

ruam di lengan

tiba tiba semua sendi sakit dan bengkak

tiba tiba semua sendi sakit dan bengkak

dah baik demam bibir melepuh gini

dah baik demam bibir melepuh gini

berbeza dengan blister ini

berbeza dengan blister ini

Mama yang bising kata ini Chikungunya.Yang demam teruk mama refer ke hospital sebagai Chikungunya,… patient balik dengan diagnosis  kata viral fever..tak berani nak letak diagnosis tepat walaupun orang kampung pun boleh teka sakit apa.Lagi terkejut beruk dan rasa frust sesak dalam dada bila di bagitau daerah ni dah clear.No more Chikungunya?.Pahal bila patient dari Kampung M, Kg G,Kg P,Kg SK Baru , TT,Taman S,Kg P,Taman P,B Satu,Taman P,Kg S J,Kg C S…dan senarainya makin panjang setiap hari masih datang mendapat rawatan?.Viral fever terlalu general..diagnosis selamat padahal clinical features ada depan mata…Mama yang notify hari hari tu semua kes masuk longkang ke?.Hah?Dah tutup bilik gerakan?..no more kes ?.Wah!dengan senang hati depa bagitau wabak dah terkawal…tentu Tuan besar pun dah bagi tahniah kerana mereka dah berjaya mengawal wabak….walaupun mama yang kecewa tengok satu lepas satu patient masuk ke bilik mama berdengkot dengkot dipimpin dengan muka merah kepanasan.Dan mama akan faxkan nama dan kampung terlibat setiap hari tanpa jemu kepada yang berkenaan.Supaya tindakkan kawalan dapat dibuat.Itu yang mampu mama lakukan.Buktinya  tengoklah gambar gambar di atas.

DOKUMENTASIkan sesuatu penyakit atau wabak bukan menjadi budaya kita…sebab tu susah kalau nak cari kat laman web citer dari Malaysia pasal sesuatu penyakit di sini..juga citer pengalaman mereka yang mengawalnya.Jadi susah untuk para junior doktor untuk belajar darinya.Jadi bila depa ni dipostingkan di hospital daerah kesian kat mereka ni (mama dah merasa pengalaman ini).

Lagi kecewa bila mama tanya dengan tuan besar yang jaga lab negara yang sedang bawa staffnya berkursus di sebuah pulau baru baru ini..”U tak mau ambik kesempatan ini turun buat kajian terperinci tentang virus baru ni? Outbreak beginilah peluang kita untuk belajar sesuatu darinya dan you berada ditempat yang betul untuk mengkajinya .”…Tau apa jawabnya?

“Ala itu orang akedemik yang minat benda benda tu..biar mereka yang buat..lagipun I pun dah nak pencen.Orang kat atas tu bukannya nak dengar cakap kita pun.Depa hanya berminat nak jawab soklan yang akan diberi oleh menteri di Parlimen nanti”..Mama garu kepala…Laaa soklan diparlimen tu bukan ka politician kutip dari masaalah orang kampung di kawasannya juga?Uishh! rugi je  gomen bagi gaji banyak kat kamu tiap tiap bulan tu…  tak datang menafaat pun….

“Alaa yang you sibuk tu apasal?Bukan masuk dalam senarai kes yang perlu di notify pun.Cuma perlu masuk dalam kolum Other diseases boleh lerr?..mungkin itu kot kata mereka..paranoid thinking jugak mama di bulan posa.Jap jap..mama nak fax kan ada 9 kes baru ni….

Errr kat mana tadi? Notifikasi ..yaa pada yang tak tau notifikasi kes tu apa ke bendanya biar mama stori sket…perlu notifikasi penyakit bermaksud ada beberapa jenis penyakit berjangkit yang tersenarai dalam akta penyakit berjangkit yang wajip doktor(ada akta dan tindakkan undang undang boleh dikenakan kalau tak patuh) bagitau kepada kementerian seperti TB, HIV,Denggi dsbnya .untuk tindakkan kawalan segera oleh pejabat kesihatan daerah berdekatan yang bertanggungjawab ..Tapi kalau daerah tu gagal mengawal wabak dalam tempoh tertentu.Gagal bertindak mengikut plan A atau Plan B.. sesuatu perlu dilakukan..akan jadi masaalah pada masyarakat dan negara.Tapi Pak menteri selalunya kemut nak maklumkan pada public,tutup mulut rapat rapat takut takut pelancung tak mau datang ke sini lagi..takut takut takleh jadi menteri lagi .

You bagitau reporter ajelah..senang citer” desak kawan mama yang dah bosan dengan politik dlam kementeriannya..Nak bagi glemer dalam paper dulu ke baru nak riuh kat kementerian tu?..baru nak minta report ..baru semua sibuk?Cam hari tu keluar citer “penyakit demam misteri melanda Kg di Slim River” semua kecoh..hipokrit tau kerja macam tu.Orang kampung yang menderita.Nak puasa tak dapat, terawikh tak larat, nak tidur tak nyenyak kerna badan semua sakit sakit…Hanya kerana nyamuk belang ni punya angkara…Pak menteri hanya tidur lena setelah buat statement..”Usah kecoh! bukan boleh bawa maut pun!”Grrrrrrrr…Rasa macam nak suruh aje Puan Aedes yang bawa virus tu pegi injek dua tiga dos kat dia..Biaq dia rasa macamana.