Assalamualaikum..Selamat berpuasa untuk semua dan Tahniah kerana kita masih diberi peluang untuk menjadi tetamu Ramadhan untuk kali ini…

30 Ogos 2008

Selesai tugas di klinik yang sepatutnya half day tetapi hanya selesai selepas 2.30ptg..sempat singgah memenuhi jemputan kenduri dekat umah…selepas itu  bertolak ke KL.Napa ke KL sedangkan plan awal nak balik berbuka di kampung?Mama dan famili bergegas ke KL bila dapat tau Hadif,2tahun…anak Zam/Ila,anak saudara paling kecil dalam famili besar kami di masukkan ke wad bengkak di pipi dan muntah muntah..Tapi nak tengok konsert dulu tau…ehehe… malam itu sebagaimana janji mama dengan Azim nak pergi tengok final konsert Akademi Nasyid di Plaza Alam Sentral, Shah Alam perlu ditunaikan.Terima kasih mami yang usahakan tiket tu.

Wah! malam tu dapat kami dapat duduk di kerusi penyokong Azhan untuk pastikan kemenangannya.(nampak tak mama ngan abah kat tv9 malam konsert tu? mama duduk sebelah adik Azhan,sebaris ngan anak n isterinya…eehhehehe..semangat nak membantu Azhan menang)..Entah camna anak anak terduduk dibaris penyokong Cicik betul betul di depan pengacara, Hafiz dibelakang kamera..nasib lerrr gambar tak keluar TV.

Walaupun mama tahu peserta lain lebih mantap vokalnya (seperti Aiman dengan Dusta Berkalang hasil karya Hafiz yang hebat hingga di warning Azim jangan tergoda ngan persembahan Aiman dengan terus mengundi Azhan..lorrr ) tapi memang rezeki Azhan menang RM100K untuk kali ini..berbaloi satu bas kabarnya famili Azhan dan orang kampungnya yang datang dari Johor dengan tambang sendiri…bertolak jam 9 pagi terus ke konsert dan bertolak pulang malam tu juga.

Bila laungan merdeka bergema secara langsung di Dataran Merdeka tengahmalam itu..mama hanya bersyukur diatas nikmat merdeka ini…dah ngantuk nak tengok siaran langsung sambutan merdeka.zzzzzz

31 Ogos 2008

Selesai melawat Hadif ,dia takjadi discaj lagi… jadi kesian tengok dia menangis nak ikut kami pulang, mama dan famili tinggal sehari lagi di KL.Esok nak ziarahnya lagi.Nampak aktif dan riang bila melihat kami datang tak sampai hati nak meninggalkannya pulang.

1 September 2008

Sempena Ramadhan… Mama… masih ingatkan mereka mereka yang dekat dihati mama ….yang telah dijemput pergi sebelum Ramdhan ini. Tok,Makngah Siah, Maklong Nab,Paksu Kadir,Pakcik Masri,Abang Mat Nor dan akhirnya Pakngah baru selesai tahlil seminggu yang lalu ..malam 1 Ramdhan, MakTeh, emak saudara mama, yang juga adik ayah,juga adik aruah makngah pula dijemput mengadap Illahi..Baru seminggu yang lalu mama menziarahinya.Dah 3 tahun dia mendapat stroke dan terbaring takberupaya mengurus diri.Bila pulang menziarah jenazah Pakngah minggu lalu ,mama dan keluarga sempat menjengok Makteh yang dah nampak lesu..sempat urutkan kakinya yang dah tak berupaya walaupun dia dah tak kenal mama.Buat kali terakhir rupanya…Sebelum pulang sempat mama berbisik pada Ina,menantu pempuannya ( isteri Din) yang setia menjaganya dengan senyuman,”Terima kasih kerana menjaganya dengan baik selama ini”.3 tahun bukan masa yang singkat untuk setia berbakti…mandikan,pakaikan pamper,suapkan makan dsbnya.Ina menantu mithali.(yang dalam gambar bawah, Ina sedang bersandar di pintu)

semasa menziarah Makteh... untuk kali terakhir rupanya...

semasa menziarah Makteh... untuk kali terakhir rupanya...

Terkenang makngah,kakak makteh… semasa dalam sakit sakitnya teringin benar nak melawat adiknya yang terlantar sakit..jadi mama pakat ngan along, angah dan adik Hafit usahakan bawa makngah yang juga kurang upaya berjalan berpimpin menziarahi adiknya.

makngah ..nak ziarah adiknya juga walaupu dia sendiripun uzur

makngah ..nak ziarah adiknya juga walaupu dia sendiripun uzur

tiada kata terucap hanya linangan airmata..bila makngah melihat keadaan adiknya.Sekarang kedua duanya telah tiada.

tiada kata terucap hanya linangan airmata..bila makngah melihat keadaan adiknya.Sekarang kedua duanya telah tiada.

Bila berjumpa keduanya hanya mampu menangis melihatkan keadaan masing masing dah sakit dan tak berupaya begitu.Memang sedih tengok…Tapi…ajal makngah dahulu dipanggil Illahi.Adiknya ,Makteh menyusul 8bulan kemudian.Mama tak berupaya balik menziarah jenazah makteh untuk kali ini hanya textkan mesej ini pada Din, anak bungsunya,”Takziah Din.Maaf tak dapat balik.Moga Allah tempatkan Makteh bersama orang orang yang beriman.Tahniah kerana berupaya berbakti kepada ibumu semasa hayatnya.Moga di berkati amal kamu suami isteri”.

Innalillah untuk mereka semua…Jadi peluang beribadat di bulan ini jangan harus dipersiakan..kerana mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita.