Pernahkah kita merasa sedih dan kecewa bila tiada ucapan terima kasih mengiringi pemberian kita?Adakah kita akan merasa kita tidak dihargai jika setiap sumbangan kita berikan tiada balasan sewajarnya?

Pernah seorang guru akan merasa kecewa bila Hari Guru yang dirai tanpa hadiah dari muridnya?Apakah Ibubapa yang mendidik anak hingga berjaya kemudiannya tidak dipedulikan mereka akan menyumpah anaknya kerana tidak menjaganya..kerana tidak membalas jasa?Apakah seorang suami/isteri akan kecewa setelah berbakti kepada pasangannya… sebaliknya tidak menerima balasan serupa?…

Adakah tanpa penghargaan ini kita akan hidup bersedih hati sepanjang hayat……… hanya memikirkan pemberian kita tanpa balasan sewajarnya?….

Wah! alangkah ruginya ….

Terpinga mama bila isteri/ibu mithali ini yang selalu datang menceritakan pengorbanannya ..memperincikan setiap perbuatan yang dilakukannya sebagai surirumah sepenuh masa ..mengkagumi kesetiaannya pada suami..bangga dengan sumbangannya mendidik anak-anak hingga berjaya tetapi menangis dalam senyuman kecewa kerana segala galanya itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya dari suami.

Tunggu saja bila anak anak dah kawin esok-esok..saya akan tinggalkan dia(suami)..saya nak pergi duduk dengan anak anak, biar dia rasa susahnya dia hidup tanpa saya”kata isteri mithali yang mungkin dikagumi sisuami selama ini..yang siapkan makannya bila dia lapar pulang dari kerja, yang siapkan bajunya yang bersih bila dia nak ke tempat kerja,yang cucikan pakaiannya yang kotor, yang akan usahakan cari tukang paip bila singkinya tersumbat, yang akan pergi ke kedai sendiri mencari ganti dan memanjat tangga mengganti lampu umahnya yang rosak bulbnya..yang akan setiap hari mengayuh basikal ke pasar mencari lauk dan memasakkannya sebelum suami dan anak anak pulang untuk makan, yang akan mencuci pinggan kotor setelah selesai mereka makan…Memang itu rutinnya ..yang setia dilakukannya bersungguh setiap hari dan sentiasa setia menunggu ucapan terima kasih dari suami atas segala yang dilakukannya..bukan setiap hari ..bukan setiap minggu tetapi mungkin setahun sekali bila dia menyambut harijadinya..bukan hadiah emas dan perak yang diharapkan..cuma ucapan itu..terima kasih..susah sangatkah? dan bila sakit si isteri hanya datang sendiri tanpa diiringi ..tanpa dipeduli?

Wajar sangat kah untuk isteri ini menjadi sedih begini..merajuk nak membawa diri ..hajat nak menjadi derhaka dengan tiba tiba setelah sekian lama berusaha menjadi isteri yang mithali?

Suami saya sangat baik di tempat kerja, semua orang puji.Di sekolah sebagai cikgu dia yang paling disayangi murid..sakit mereka dia yang paling prihatin..dia yang akan usahakan mencari ubat ..taksemboh dengan klinik ke bomoh pun dia usahakan..tapi dengan anak isteri tak dipeduli.Geram betul, anak yang kesakitan sakit gigi disuruhnya tunggu hingga sayaaaa juga terpaksa bawa sendiri.Kesian tengok anak tak makan.Dia haram peduli.”marah benar nampaknya dia…

Teringin sangat mama nak bagitau pada isteri ini yang dah jenuh berbakti itu supaya jangan dihapuskan kebaikkannya selama ini dengan cita citanya yang  akan meruntuhkan rumahtangganya itu.Tapi itu  geramnya yang belum dilunasi..dia yang merasa di tindas tak dipeduli perasaannya selama ini.

Ingin sangat mama nak memujuk hatinya yang dendam membara itu supaya berubah menjadi sejuk dan dia akan terus bahagia dengan apa yang dibuatnya selama ini..Dan berhenti berharap penghargaan itu…. seolah seperti kita memberi makan kepada binatang yang tak perlu kita harapkan apa apa balasan.Ikhlaskan amal itu hati jadi bahagia..Kalau tidak sia sialah amal kebajikan khidmat bakti kepada suami dan keluarga yang dia lakukan selama ini..takut lupus dek rasa ujub tadi.Umur dah semakin kurang ..kederat dah semakin lemah mana mungkin boleh beramal seperti sebelum ini..tapi boleh kah begitu?

Kena betulkan niat siisteri ini..kewajipan dan ketaatan amat sukar untuk dipertahankan seperti kata kata ini:-

Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat pahala amalnya diakhirat, maka harus beramal dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. tanpa riyaa’, kemudian melupakan amal itu supaya tidak dirosak oleh rasa ujub (bangga diri) sebab memang menjaga taat itu lebih berat daripada mengerjakannya.”