Firmah  Allah yang bemaksud “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali daripada manusia” (Ali Imran 112), di mana tali Allah adalah hubungan peribadi yang bersifat fardu ain dengannya, sementara tali dari manusia adalah kerja-kerja yang bersifat fardu kifayah.

Fardu kifayah..kata ustaz kalau kita boleh buat orang lain takpayah atau bila ada orang lain boleh kerjakan kita jadi tak payah.Maksudnya fardu kifayah ni adalah tanggungjawab sosial yang wajib dikerjakan oleh seorang atau sekumpulan individu untuk kesejahteraan masyarakat..

jika fardu kifayah ini dapat dilakukan dengan ikhlas maka setiap penghuni langit dan bumi akan mengucap selawat (memohon ampun) untuk orang yang memberikan perkhidmatan yang berfaedah ini kepada manusia.Wah!Alangkah bahagianya….

Menguruskan jenazah, memandikan jenazah, menyembahyang jenazah dan mengkebumikan jenazah adalah fardu kifayah kan?Tapi apa yang mama amati semasa menziarahi pengurusan jenazah beberapa saudara mara dan kenalan mama yang meninggal sebelum ini..praktis yang diamalkan oleh setiap masyarkat Muslim setiap tempat agak berbeza dan kadang kadang menyusahkan… segala galanya perlu dibayar..Kalau untuk membeli barang keperluan untuk pengurusan jenazah mungkin boleh diterima akal tapi kalau segala galanya mahukan duit RM di mana ikhlasnya amalan fardu kifayah sebagai kewajipan mengurus simati itu?

Ini pengalaman mama kat tempat tumpah darah mama di utara..ulama dan ustaz serta penceramah agama kena buat sesuatu..jangan asyik dok syarah bab fardu Ain aje..jangan asyik dok ugut orang kampung yang dah tua tua tua supaya hafal bab sifat 20 sampai depa jadi keliru bila belajar bab Tauhid…tapi bab fardu kifayah yang menghubungkan tali manusia di lupakan dalam ceramah kalian hingga bila mempraktikkan soal pengurusan jenazah.. masyarakat lebih mengikut budaya dan adat dari kewajipan sebenarnya…

Yang datang membacakan Quran untuk dihadiahkan pahala untuk simati..minta dibayar.Lorrr…ingatkan dia memang ikhlas bacakan untuk simati tadi.Tapi kenapa kena caj pulak?Baru je rasa tenang hati ini melihat ramai yang datang membacakan Quran.Jadi nak ingatkan diri sendiri… baca Quran tu setiap hari..jangan tunggu dah mati baru minta orang bacakan.Nanti tak cukup bajet nak bayar… pahalanya belum tentu jugak kan?

Yang datang menyembahyangkan jenazah dijemput khas..tepon je pak imam dia dah bagitau berapa yang perlu dibayar kepada jemaah yang dibawanya..termasuk duit minyak kereta,duit minyak motor skali ngan duit makan pun depa claim.Memang nampak ramai yang dibawa khas dari pondok agama tapi ikhlas wallahualam…dah tu bila dah salam dapat sampul duit sanggup pusing balik sekali lagi tadah tangan apahal?…Anak anak dan saudara mara yang ikhlas nak sembahyang jadi keliru?…Kalau dihadiahkan kain pelikat tanpa RM mungkin muncung panjang dia hari tu ..nyesal dia sembahyang jenazah tak berbaloi.

Banyak jugak terburai duit anak anak yatim yang terpaksa dikeluarkan untuk membayar mereka yang menguruskan jenaazah ni…Tukang gali kubor letak rate ikut suka hati ..hari ni mati lain harga ..esok mati lain harga..ikut harga minyak jugak ke gali kubur tu walaupun masih guna cangkul?Siap beri bil makannya pada anak yatim yang sedang ditimpa musibah..suruh pergi bayar kat kedai yang mereka makan tadi..begitu sekali?

Pastu yang sadisnya ada juga sindiket kutip hutang yang tergamak menjalankan operasi mengutip hutang ke atas keluarga si mati…. kononya si mati ada berhutang dengan mereka …yang mana terbukti rupanya mereka penipu besar!Mereka datang pula dengan membawa seorang ‘ustaz’ sebagai saksi…

FIKIR FIKIRKAN LAH………