semasa bersama..kini keduanya telah pergi..

semasa bersama..kini keduanya telah pergi..

25 Ogos 2008

Sedang mama sibuk melayan pesakit di klinik setelah bercuti tempohari tiba tiba dapat call dari adik di kampung “Pakngah dah takada”tupppp!pendek dan jelas.Pastu mama try call semula taliannya dah bizi ,mungkin dia sibuk memaklumkan kepada saudara mara yang lain.Pakngah, bapa saudara mama yang tinggal sebelah rumah mak di kampung dah meninggal di ICU..

Masih ingat Pakngah yang sudah lapan bulan ditinggal pergi isterinya ,Makngah seperti dalam entry mama sebelum ini? https://drzeze.wordpress.com/2008/01/04/beringatlahbila-tiba-waktunya/ dan https://drzeze.wordpress.com/2008/07/09/kekasih-awal-dan-terakhir/ dan ini https://drzeze.wordpress.com/2007/03/27/permata-buat-isteri/

Sejak kematian makngah setelah hidup bersama selama lebih 50tahun, Pakngah sering sakit sakit.Baru sebulan lepas masuk ICU tapi Pakngah diberi peluang sehat semula dan dapat kembali semula ke rumah walaupun semasa mama sekeluarga pulang menziarah nampak benar susut badan Pakngah…tak ada selera makan katanya..mama bekalkan multivitamin untuk membantu walaupun mama tahu semangat Pakngah untuk hidup tidak lagi seperti dulu.Mungkin semakin sarat rindunya pada makngah.Dia selalu berharap pada anak menantunya kalau dia pergi semadikan disebelah isterinya.Duit untuk uruskan jenazahnya pun telah disiapkannya..begitu yakinnya dia akan menyusul pergi soon.

Jadi bila Pakngah kena serangan jantung dan dimasukkan ke ICU sekali lagi tiga hari seblum kematiannya,mama seolah olah sudah dapat rasakan yang Pakngah mungkin lebih bahagia untuk ke’sana’ dan terus terang mama maklumkan keadaan Pakngah kepada anaknya selepas mendapat gambaran situasi Pakngah di ICU.Jadi panggilan dari adik pada lewat tengahari itu tidak mengejutkan mama.Innalillah….wajah nya tersenyum jernih dan kelihatan bahagia seperti yang terbukti dalam gambarnya yang Rohaya rakamkan semasa dikafankan.

wajah arwah Pakngah sebelum dikafankan

wajah arwah Pakngah sebelum dikafankan

Mama sekeluarga bergegas pulang ,jenazahnya akan dikebumikan selepas asar..Kami tiba bila jenazahnya sudah diusung ke dalam kereta jenazah….hanya sempat mengiringinya ke kuburan dan hajatnya untuk bersemadi di sisi isterinya termakbul.

Indahnya cinta mereka…cinta sejati yang selalu mama jadikan mereka sebagai contoh dalam ceramah kursus perkahwinan yang mama berikan..kerna cinta mereka bukan sekadar berkasih sayang semasa muda tetapi penuh dengan belas kasihan bila pasangannya menderita sakit diusia emas.MUdah mudahan pakngah dan makngah bahagia di sana…dan terima kasih diatas kasih dan perhatian kamu berdua terhadap mama sedari kecil dulu dan kasih itu tumpah melimpah terhadap anak anak mama.Kata Abah .,hilang kawan bersembang bila balik ke kampung selepas ini.Mama akan sentiasa merindukan kalian berdua yang dekat dihati mama.